Saturday, November 3, 2012

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2012



10 Okt 2012.......

بسم الله الرحمن  الرحيم.السلام  عليكم  ورحمة  الله  و بركاته.
Yang  berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Penaga,

Yang  dihormati, Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Puan Juriah bt. Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid Tahun 6 sekalian..

((Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia ___________________________________________________________________atas kesudian menerima undangan ke Majlis  Khatam  Al-Quran  bagi tahun 2012..))

أهلا و سهلا و مرحبا  بكم  إلى  مجليس  ختم  القرءان....

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam  Majlis  Khatam  Al-Quran  ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada  tengahari  ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan adik  Mohd Syazwan bin Roslan untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

#########


Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan  terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin  sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Penaga,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########



Majlis merakamkan ucapan  ribuan terima kasih  atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin  sekalian,
Seterusnya  dipersilakan  Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah  untuk  memimpin  Majlis  Khatam  Al-Quran  kita  pada  hari  ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

######### 
Alhamdulillah, selesai  sudah  Majlis  Khatam  Al-Quran  kita  pada  hari  ini.Namun, majlis  kita  masih  belum  selesai.

Acara  seterusnya  ialah  penyampaian  sijil  khatam  al-Quran  bagi  murid-murid  Tahun  6  yang  telah  selesai  mengkhatam  Al-Quran. Majlis  dengan  berbesar  hati  mempersilakan  Yang  berusaha  Puan  Hajah  Norhayati  bt. Saad, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Penaga untuk  menyampaikan  sijil  tersebut.Dengan  segala  hormatnya  dipersilakan.

Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Yakin untuk menerima sijil.

Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Jaya untuk menerima sijil.

Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Usaha untuk menerima sijil.

Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Gigih untuk menerima sijil.

 Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Maju untuk menerima sijil
Majlis  merakamkan  ucapan  jutaan  terima  kasih  kepada  Yang  berusaha  Puan  Hajah  Norhayati  bt.  Saad  atas  kesudian  menyempurnakan  penyampaian  sijil  sebentar  tadi.


Sebagai  tanda hati ikhlas  daripada  pihak  majlis, dipersilakan  Yang  berusaha  Puan  Hajah Norhayati  bt. Saad  menyampaikan  tanda  hati  kepada  Al-fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah, Khalifah  Majlis  Khatam  Al-Quran  pada  hari  ini .Dipersilakan.

######### 

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad  atas  kesudian  menyampaikan  tanda  hati  sebentar  tadi.

Alhamdulillah, majlis  kita  sudah  sampai  di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis  Khatam al-Qur’an Program j-QAF Tahun 2012, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

26 comments:

  1. Terima kasih untuk perkongsian ini. Mohon keizinan untuk menggunakan sebahagian daripada teks ini.

    ReplyDelete
  2. syukran...boleh digunapakai tuk majlis khatam Al-quran ari ne

    ReplyDelete
  3. mntak pnjam ye.. alhmdulillah.. tq

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... syukur dan terima kasih atas perkongsian ini. Izinkan saya mengambil manfaat ini ya cikgu.
    Salam Ramadhan 1437H & Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  5. assalam..mohon kongsi teks ye.. terima kasih.. syukran..

    ReplyDelete
  6. syukran.. mohon kongsi teks ni.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian..minta izin guna yea..

    ReplyDelete
  8. syukran ustaz atas perkongsian..mohon izin guna ye...

    ReplyDelete
  9. Assalam.. Mohon izin guna teks ni.. Syukran

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ya ukti. mohon keizinan untuk guna teks ukhti ya. pertama kali kakak jd pengacara majlis khatam al-quran sempena sambutan maulidur rasul pada 15 Disember ini.

    ReplyDelete
  11. Mohon izin untuk gibakan sebagai guideline majlis kami pada 19/9/2019

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu.Semoga Allah membalas kebaikkan saudara dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga Allah membalas jasa Tuan.

    ReplyDelete
  14. mohon diizinkan utk guna teks ni ,tapi dah edit most of it.. t. kasih kerana share, mudah keja, alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memberkati anda, aamiin

    ReplyDelete
  15. Mohon share ye. Jazakallahu khairan

    ReplyDelete
  16. Mohon izin copy dan edit, terima kasih..

    ReplyDelete
  17. mohon izin copy dan edit ya. moga jariah buat owner, amiin

    ReplyDelete
  18. mohon izin guna dan edit ya..terima kasih..semoga murah rezeki..

    ReplyDelete