Tuesday, November 13, 2012

Prinsip dan Akhlak Orang Berjuang

 kredit untuk Us Nasrudin Hassan ^_^

berpaut pada 5 noktah :

a] ikhlas dalam tindakan dan ucapan. Segalanya kerana Allah swt. Buang segala lintasan hati yang merosakkan tajarrud kita kepada

Allah swt. Jangan cari redha manusia tetapi carilah redha Allah swt. Nescaya kamu tenang dan bangga berjuang.

b] taqwa kepada Allah swt. Jangan sekali - kali melakukan perkara mungkar samaada mungkar sosial, ekonomi mahupun politik. Tunduk hanya kepada Allah swt. Buang kebesaran makhluk dari hati dan jasadmu nescaya kamu tenang dan hebat berjuang.

c ] benar tutur bicara dan langkah tindakmu. Menepati kehendak syara' dan disiplin Amal fardi serta Amal Jamaei. Jangan tipu diri sendiri dengan menyembunyikan perkara terlarang, kelak jiwa tidak tenang dan ragu terhadap perjuangan yang didokong.

d ] lapang dada dan bersikap terbuka menerima perbezaan selama mana ia tidak merosakkan ketulenan fikrah dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong. Keterbukaan menyebabkan kita tenang dan lega mendepani rencamnya jalur fikir ummat.

e ] miliki maklumat dan dalami ilmu mengenai Islam yang diperjuangkan. Jangan berpada dengan kejahilan dan jangan berlagak alim dengan sekupang maklumat atau ilmu yang dimiliki. Ilmu yang banyak menjadikan hujjah kita kuat dan kita tenang berdepan cerca nista dan mudah memaafkan mereka yang jahil.

Sahabatku ! dengan 5 noktah ini, kau mampu senyum saat dinista, kau mampu bernafas lega saat dicerca, kau mampu menghulur tangan saat dihina, kau mampu berlapang dada saat dikritik dan kau mampu makan sedulang saat difitnah.

Itulah karamah orang berjuang. Ansorullah yang hanya mencari redhaNya. Dia hanya nampak Allah yang Maha Besar lagi Maha Gagah sementara manusia biar besar kepalanya, biar panjang lidahnya, biar bundar matanya, biar berbuih mulutnya dan biar tirus jarinya, mereka semua kerdil dan kecil.

نصر من الله و فتح قريب و بشر المؤمنين

Pertolongan dari Allah, kemenangan yang hampir dan khabar gembira bagi orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment