Jazakallah Us Akhi Ahmad Kamil..
Tuan2 yang dikasihi..
Apakah makna eidulfitri? Ia digabungkan dari dua kalimah, iaitu عيد dan الفطر. Adapun عيد , maknanya adalah hari kebesaran, dimana ramai manusia berhimpun pada hari tersebut untuk menyambut satu-satu perayaan. Ia boleh juga diterjemah dengan 'kembali' kerana asal ambilan kalimah itu adalah daripada عاد يعود yang bermaksud kembali. Kalau ada para pelajar lughah arabiyyah yang bertanya, 'Kenapa jamaknya jadi أعياد bukan أعواد?' . Jawapannya adalah kerana berlaku badal ataupun penggantian huruf daripada wau kepada ya. Dan dari segi sorof, ia adalah badal lazim. Adapun الفطر, maknanya adalah berbuka. Boleh juga diertikan dengan makna fitrah. Kalimah Aidilfitri yang biasa kita gunakan sebenarnya kurang tepat dari segi sebutan Arabnya. Namun ia bukanlah isu besar yang mesti kita bahaskan sangat. Cuma apa yang penting adalah ketulusan hati kita dalam melafazkan ucapan itu yang sebenarnya adalah satu DOA. Bila kita ucap Salam eidulfitri, maknanya kita seolah-olah mengucapkan Selamat Kembali Kepada Fitrah wahai saudaraku. Dan inilah terjemahan eidulfitri yang paling saya suka.. :)
Rujukan - Lisanul Arab , Al-Mu'jam Al-Wasith
No comments:
Post a Comment