Terima kasih Hilal Asyraf's page..
Satu waktu,aku tidak kenal apa itu bahagia,
walau nikmat mengelilingi hidupku,
namun jiwa terasa kekosongan sentiasa.
Ibarat Adam yang duduknya di dalam Syurga,
penuh dengan nikmat yang tidak terkira,
namun jiwanya sepi,
hinggalah dihadirkan buatnya Hawwa.
Dan engkau muncul di dalam hidupku memberikan seri,
buat kehidupan ini seakan punya destinasi,
batu loncatan menggapai Ilahi,
sungguh ini adalah fitrah insani di dalam diri.
Lantas aku mengorak langkah,
berusaha menggapai dikau hai Bidadari,
pahit maung, duka luka, segalanya aku tempuhi,
hinggalah pada hari yang berbahagia,
tangan kita bersatu bersama wajah nan berseri-seri.
Engkau adalah bidadari di langit tinggi,
hanya Tuhan yang mengerti betapa gembiranya hati,
sungguh saban pagi,
aku bersyukur kerana wujudnya dikau di sisi.
Sungguh saban masa berlari aku hargai,
kerana saban waktu itu engkau menemani diri.
Wajahmu,gerak langkahmu,ulahmu,
semua menyuburkan jiwaku.
Ibarat wujud diri ini di syurga,
dan aku tahu hidupku telah dilengkapi.
Tidaklah aku terlalu bodoh menyangka,
inilah kesempurnaan hidup seorang manusia,
kerana di hadapan kita,
sentiasa ada syurga dan neraka.
Namun apalah namanya cinta jika membawa ke neraka,
ke syurga berpimpinan tangan itulah impian kita,
engkau melengkapiku dan aku melengkapimu,
ke arah redhaNya juga kita mahu bersama.
Bersama menempuh suka duka,
bersama menampung kekurangan dan cacat cela,
kita memandang sesama kita,
kemudian tersenyum bersama-sama.
Engkau adalah aku dan aku adalah dirimu,
wahai bidadari hati,
puisi ini hanya untukmu.
~ Hilal Asyraf ~
1503050812
Kuala Lumpur,Malaysia.
No comments:
Post a Comment