Monday, August 27, 2012

Turunkanlah hidayahMU

Tq iluvislam.com


Ya Rahman...
Ku pohon kekuatan iman
Moga istiqamah umat akhir zaman
Yang menempuh begitu banyak cubaan dan dugaan
Umat Rasulullah yang hidup berlandaskan Al-quran
Meneruskan perjalanan atas kepercayaan pada Tuhan.

Ya Hannan...
Matikanlah kami dalam iman
Ampunilah kami sebelum pergi menghadap pengadilan
Turunkanlah hidayahMU agar kami tidak tersesat jalan
Berkatilah hidup kami sebagai bekalan perjalanan
Agar layak diri ini menghadap Tuhan.

Allahu ya Rabbi...
Ampuni kami
Atas dosa-dosa ini
Ampuni kami
Atas kealpaan diri
Ampuni kami dan redhailah kami
Amien Ya Rabbal 'Alamin...

Friday, August 24, 2012

Cintaku Bersyarat..

Alhamdulillah..



Kata orang, cinta tanpa syarat..tetapi tidak aku..Cintaku bersyarat..andai kau mencintai-Nya, akan kucintaimu..semoga kau istiqamah..

Salam eidulfitri





Jazakallah Us Akhi Ahmad Kamil..

Tuan2 yang dikasihi.. 
Apakah makna eidulfitri? Ia digabungkan dari dua kalimah, iaitu عيد dan الفطر. Adapun عيد , maknanya adalah hari kebesaran, dimana ramai manusia berhimpun pada hari tersebut untuk menyambut satu-satu perayaan. Ia boleh juga diterjemah dengan 'kembali' kerana asal ambilan kalimah itu adalah daripada عاد يعود yang bermaksud kembali.  Kalau ada para pelajar lughah arabiyyah yang bertanya, 'Kenapa jamaknya jadi أعياد bukan أعواد?' . Jawapannya adalah kerana berlaku badal ataupun penggantian huruf daripada wau kepada ya. Dan dari segi sorof, ia adalah badal lazim. 

Adapun الفطر, maknanya adalah berbuka. Boleh juga diertikan dengan makna fitrah.  Kalimah Aidilfitri yang biasa kita gunakan sebenarnya kurang tepat dari segi sebutan Arabnya. Namun ia bukanlah isu besar yang mesti kita bahaskan sangat.  Cuma apa yang penting adalah ketulusan hati kita dalam melafazkan ucapan itu yang sebenarnya adalah satu DOA.  Bila kita ucap Salam eidulfitri, maknanya kita seolah-olah mengucapkan Selamat Kembali Kepada Fitrah wahai saudaraku. Dan inilah terjemahan eidulfitri yang paling saya suka.. :)

Rujukan - Lisanul Arab , Al-Mu'jam Al-Wasith

Thursday, August 23, 2012

Tahajjudmu, di manakah ia?

Kredit utk iluvislam.com


Pernahkah kalian, wahai saudara dan saudariku di sana :

Hanya kerana ingin menunaikan solat tahajjud yang menjadi syariat Rabbaniah (sudah ditetapkan hukumnya oleh Allah SWT) sebagai sunnah Nabawiah (sunnah yang telah ditetapkan hukumnya oleh Nabi Muhammad S.A.W) ???

- Berdoa kepada Allah
- Tidur awal (segera tidur selepas menunaikan solat isyak)
- Meminta bantuan rakan untuk kejut bangun malam
- Bersungguh-sungguh berniat untuk bangun (kerana teramat rindukan Allah dan ingin memabukkan diri dengan cintaNya)
- Meninggalkan SEGALA dosa dan maksiat supaya ia tidak menjadi penghalang kepada kamu untuk bangun dan segera sujud di      hadapanNya..

Ketahuilah wahai saudara dan saudariku yang dicintai kerana Allah :

seseorang pernah bertanya kepada Hasan Al-Basri, bahawasanya dia enggan memaafkan orang yang pernah bersalah, sehingga tidak dapat bangun solat lail (malam), walaupun dia bersungguh-sungguh berusaha untuk bangun.

Hasan Al-Basri kemudian menjawab :

"Dosa yang telah kamu lakukan telah melilit tubuhmu."
 (Ruhbanul lail)

Kesimpulannya saudara dan saudari, tinggalkanlah maksiat! tinggalkanlah maksiat! tinggalkanlah maksiat! Supaya dipermudahkan Ya Waliyu (Yang Maha Menguasai Urusan) untuk kalian bangun malam dan terus sujud padaNya yang sememangnya layak disembah.

Wednesday, August 22, 2012

Syeikh Mustafa Al-Majzoub



Syeikh Mustafa Al-Majzoub merupakan seorang ulama' yang begitu terkenal di Australia. Beliau sebelum ini banyak membicarakan berkenaan jihad yang berlaku di Syria dan menyatakan sokongan penuh beliau kepada mujahidin Syria.Syeikh berangkat ke Syria untuk bersama-sama dengan mujahidin Syria pada awal Jun 2012 untuk merealisasikan percakapan dan ceramahnya sebelum-sebelum ini tentang kelebihan berjihad di Syria bersama para mujahidin.Dan menurut sumber, syeikh telah gugur syahid semalam (20/8/2012) di Kota Salma akibat serangan roket ketika memimpin operasi ketenteraan bersama para mujahidin yang lain.

Antara beberapa nasihat yang mengharukan daripada beliau sebelum gugur syahid :

" Salah satu pengajaran penting yang saya pelajari di mana saya berada sekarang (Syria) adalah jangan pernah menilai seseorang daripada hebatnya badan ataupun lebarnya saiz badannya. Tetapi nilai lah seseorang di saat ditimpa musibah dan ketika di medan jihad.Subhanallah, saya berjumpa dengan saudara-saudara saya (mujahidin) disini yang begitu pemurah dan sangat memuliakan tetamu. Mereka sangat sejuk mata memandang dan memperlakukan kami dengan baik sekali. Namun mereka di medan tempur ibarat singa-singa meraung yang begitu tegas dan hebat. Ketangkasan mereka menyebabkan musuh-musuh menjadi gerun dan takut. Merekalah sepertimana sifat para sahabat nabi yang diceritakan di dalam al-Quran. Mereka berkasih sayang di antara muslim satu sama lainnya manakala tegas dan keras terhadap musuh-musuh yang memerangi agamanya."

Firman Allah :"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka." (Al-Fath: 29)

Syeikh Al Majzoub syahid (insya-Allah) dalam usia muda, meninggalkan isteri dan keluarganya. Meninggalkan segala kenikmatan dunia yang sementara ini demi sebuah cita-cita yang begitu mulia iaitu mati sebagai syuhada'.Semoga Allah menerima segala amalannya dan merahmatinya. Al-Fatihah.

Sunnah di Eidilfitri

Syukran jazilan us Syed Abdul Kadir Aljoofree


Sunnah di Aidil Fitri

Menghidupkan malamnya dengan beribadah. Imam Syafie - malam raya, doa tidak ditolak.
Mandi sunnah. Bermula tempoh mandi dari pertengahan malam lagi, dan disunnahkan dilewatkan sehingga hampir pergi solat hari raya.
Mencukur bulu-bulu, mengetip kuku dan mengemaskan janggut.
Berwangi-wangian dan berhias, samaada bagi yang hendak ke masjid mahupun yang tidak, samaada yang bersolat mahupun tidak, dewasa dan kanak-kanak.
Memakai pakaian yang terbaik. Tidak mesti berwarna putih.
Segera ke masjid untuk menunaikan solat.
Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.
Bersarapan sedikit sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
Memperbanyakkan takbir bermula dari terbenam matahari hingga sebelum menunaikan solat hari raya.
Mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kaum muslimin.

Kaifiah Solat Hari Raya
Sama seperti solat sunnah biasa, tetapi disunnahkan dilakukan:
1)      Takbir selepas doa iftitah, sebelum membaca Al-Fatihah, sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.
2)      Mengangkat tangan setiap kali takbir tersebut.
3)      Membaca setiap kali selepas takbir: سُبحَانَ الله وَالحَمْدُ لله ولا إِلَهَ إِلا الله وَاللهٌ أَكْبَر4)      Imam berkhutbah dengan dua kali khutbah selepas solat, dan makmum disunnahkan mendengarnya.

Bacaan Takbir

 الله أكبر الله أكبر الله أكبرلا إله إلا الله الله أكبرالله أكبر وللهِ الحَمْدالله أكبر كَبِيرا وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاُلا إِلَهَ إِلا اللهُ وَلا نَعْبُدُ إِلا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّين وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَلا إِلَهَ إِلا الله وَحْدَه صَدَقَ وَعْدَه وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهلا إِلَهَ إِلا الله اللهُ أَكْبَرالله أكبر ولله الحَمْد ----------------------------------------------------------------------
من العائدين والفائزين والمقبولين

Saturday, August 18, 2012

Abang Kakak



Malam Eidilfitri..

Rasa sayu apabila abah menceritakan nama-nama arwah abang dan kakak.Kami semua sepuluh beradik, 5 drpnya meninggal dunia semasa kecil.. T_T


1.Zamzam b. Salleh
2.Salmiah bt. Salleh
3.Zamri b. Salleh
4.Suria bt. Salleh
5.Masri b. Salleh
6.Syukri b. Salleh
7.Jasika @ Khairunnisa' bt. Salleh
8.Mastura bt. Salleh
9.Mohd Solihin b. Salleh
10.Nur Amirah bt. Salleh

Bukan Hamba Ramadhan

Tq iluvislam.com

Aku bukan hamba Ramadan,
kerana Ramadan cuma sebulan,
itu cuma satu kesempatan daripada Tuhan,
agar aku gandakan amalan,
agar aku tingkatkan kesabaran,
untuk menjadi hamba beriman.

Dalam tempoh sebulan,
al-Quran menjadi teman,
qiam pun jadi ringan,
jemaah subuh tak pernah lengang,
terawih di masjid jadi kebiasaan,
sentiasa cari peluang berbuat ihsan,
berusaha selalu menjaga pandangan,
lisan terjaga daripada perkara haram,
agar pahala tidaklah lompang,
kerana merebut barakah Ramadan.

30 hari berlalu sudah,
'Eidul fitri disambut meriah,
solat pun makin lengah,
kadang terlewat sampai Subuh gajah,
baca Quran makin susah,
hati makin goyah,
kadang tersesat dengan dosa membuncah.

Ya Allah,
bantulah aku dalam mengingatiMu,
bersyukur padaMu,
dan perelokkan ibadahku,
aku tidak mahu jadi hamba Ramadan,
tapi jadi hambaMu Tuhan,
aku tidak mahu bertuhankan Ramadan,
tapi bertuhankan Engkau Ya Rahman,
ikhlaskan aku,
agar madrasah Ramadan sebulan ini,
mendidik aku menjadi hambaMu yang muttaqin,
bukan saja di bulan ini,
bahkan ke penghujung hayatku nanti.
                                  
                                             *****


"Dalam kalangan kita ada yang telah khatam Al-Quran. Ada yang munajatnya di dini hari hingga air matanya tidak berhenti mengalir kerana takutkan Allah. Dalam kalangan kita ada yang benar dalam taubatnya, diterima taubatnya sehingga keluar darinya dosa sama seperti hari dia dilahirkan. Namun malang sekali, masih ada dalam kalangan kita yang masih mensia-siakan Ramadan hingga saat ini. Baginya Ramadan cuma satu adat; puasa, bazar dan terawih. Tapi, roh Ramadan tidak dihayati sebenar-benarnya. Tinggal terawih rasa berdosa, tapi melengahkan solat fardhu rasa biasa. Rugi. Sangatlah rugi golongan ini. Bersegeralah sebelum Ramadan berlalu pergi. Jadikan Ramadan sebulan ini sebagai madrasah untuk mendidik kita jadi hamba yang lebih dekat dengan Allah. Agar ia menjadi bekal untuk kita terus istiqomah hingga Izrail menjemput kita."

Friday, August 17, 2012

Isteri kedua-siri 3



“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.
——————————————
Sedarlah semua kalian akan dimadukan!Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.Jika dirimu tidak sedemikian,Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!

Isteri kedua-siri 2



Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

~bersambung.~

Isteri kedua-siri 1

Tq cg Shaharudin Mohd Sahid..


“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

 Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.“Tak. Maksud saya…”“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

~bersambung.~

S.A.H.A.B.A.T..

Tq wma..





TAKDIR kadang-kadang MEMPERTEMUKAN kita
 dengan SESUATU yang tidak diundang, 
MEMBERI apa yang tidak dirancang, 
MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan 
serta membuatkan kita rasa kehilangan... 





Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan...♥

Mencintai Pencipta

Terima kasih iluvislam.com


Alhamdulillah, sejak Fiq mula mengenali dan cuba mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam hidupnya, dirinya makin terasa tenang dan hidupnya telah banyak berubah.Daripada seorang yang kurang mempunyai rasa malu berbanding rakan-rakannya yang lain, Fiq kini telah mula rasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang kurang manis dilakukan oleh seorang gadis sepertinya.Dia juga berusaha menutup auratnya mengikut syariat-syariat Islam walaupun pada mulanya dia teragak-agak untuk berubah kerana bimbang dirinya tidak dapat beristiqamah dengan perubahan yang bakal dilakukannya. Fiq juga berusaha sedaya upaya agar dirinya mengadu hanya kepada pencipta-Nya.

Pada mulanya, hal ini amat sukar kerana dia adalah seorang yang suka bercerita kepada rakan-rakannya perihal setiap perkara yang berlaku kepadanya. Namun, dia berusaha sedaya mungkin untuk berubah atas kesedarannya bahawa hanya Allah yang benar-benar memahami dirinya dan Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Seperti kebanyakan gadis-gadis seusianya, dirinya juga tidak terkecuali daripada fitrah seorang manusia yang ingin dicintai dan mencintai. Jika dahulunya, dia sering berasa cemburu melihat rakan-rakan mempunyai teman masing-masing, kini semuanya sudah berubah. Persepsinya sudah beralih arah. Apa yang bermain di dalam hati dan fikirannya hanyalah ingin meraih cinta Yang Maha Agung.

Namun, dalam perjalanannya meraih cinta Ilahi, hadir seorang Adam yang ingin merebut hatinya. Si Adam berusaha menarik perhatian Fiq, namun, pada masa yang sama, masih menjaga batas-batas yang telah digariskan agama.

Pada mulanya, Fiq juga seakan-akan memberikan respons kepada si Adam, kerana baginya, si Adam adalah seorang yang baik dan mengambil berat akan dirinya.Hari demi hari berlalu. Ingatan Fiq terhadap si Adam semakin lama semakin mendalam. Setiap pergerakannya pasti didahului dengan ingatan terhadap si Adam. Namun, Fiq merasakan bahawa hatinya mula sakit, dirinya rasa gelisah tatkala ingatannya kepada si Adam makin mendalam. Dia merasakan bahawa cintanya terhadap Sang Pencipta kian pudar.

Hatinya merintih kerana sebelum ini, amat sukar baginya untuk meraih cinta Ilahi. Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhinya. Tapi setelah dia mula belajar mencintai Penciptanya, kini dirinya diduga dengan perasaan terhadap si Adam.

Fiq berasa amat sedih kerana apa yang diinginkan sebenarnya adalah cinta Sang Pencipta, bukannya cinta makhluk yang diciptakanNya.Hanya doa kepada Sang Pencipta yang mampu dipinta, agar dikuatkan hati dan dilindungi daripada bisikan musuhNya. Fiq masih mendambakan cinta Sang Penciptanya, kerana dia yakin itulah cinta yang hakiki. Biarlah dia meraih cinta si Adam yang mencintai penciptanya kerana sesungguhnya berkasih sayang kerana Allah itulah yang dicarinya.

Setiap kali dalam doanya, dia meminta, "Ya Allah, hilangkanlah rasa cintaku ini jika dia bukan untukku, namun jika dia adalah jodohku, hadirkanlah rasa ini setelah dia sah menjadi suamiku, kerana sesungguhnya aku hanyalah inginkan cinta yang halal buat diriku. Sesungguhnya, aku mencari cinta orang yang mencintaiMu dan sesungguhnya aku mendambakan cintaMu yang Maha Suci."

Tuesday, August 7, 2012

7 tanda kebahagiaan dunia



Terima kasih miss syahra, friend forever..

Daripada Ibnu Abbas r.a.a, ada tujuh petanda kebahagiaan di dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al Azwaju shalihun iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladul abrar iaitu anak yang soleh
4. Albiatus sholihah iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al malul halal iaitu harta yang halal
6. Tafaqquh fi dien atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang berkat - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah..

Monday, August 6, 2012

Purdah



Terbaik..News Media Network.. :)

Soalan : "Ustaz, bagaimana untuk mengatasi perasaan CEMBURU saya kepada isteri?"

Ustaz : "Suruh isteri kamu pakai PURDAH. InsyaAllah, lelaki lain TIDAK AKAN GANGGU dia. Lelaki lain TIDAK BERANI BERBUAL dengan dia. Lelaki lain TIDAK DAPAT LIHAT AURAT dia. Dan kamu tidak akan berasa cemburu atau marah tanpa sebab. Hati kamu akan berasa lebih TENANG dan AMAN kerana isteri kamu TERSELAMAT dan TERHINDAR daripada perbuatan JAHAT lelaki lain walau hanya dengan pandangan tajam mata mereka."

"Tetapi jika MASIH ada lelaki yang mengganggu isteri kamu, mungkin ada yang TIDAK KENA dengan isteri kamu. Suruh dia JANGAN MELAYAN dan KURANGKAN BERBUAL hal-hal yang kosong melainkan hal yang ada fakta dari NAS dan HADIS SAHIH dan juga ayat suci Al-Quran."

"Jika masih ada lelaki yang 'PUJI' dia 'CANTIK', 'CUTE' dan sebagainya apabila dia bagi 'ceramah' kepada lelaki tersebut, suruh isteri kamu DIAM dan TINGGALKAN sahaja lelaki sebegitu. Biarlah isteri kamu difitnah sebagai sombong kerana LELAKI-LELAKI YANG MENGGANGGU WANITA atau ISTERI ORANG sememangnya dianggap seseorang yang JAHIL tentang hal agama, JAHIL tentang BATAS dan ADAB-ADAB PERGAULAN dengan WANITA."

"Kalau bagi wanita pula, isteri tidak boleh cemburu kerana suami dibenarkan beristeri sehingga empat orang. Wallahu A'lam Bissowabb."

"Para jemaah sekalian, jika kamu masih BUJANG, seorang yang KUAT CEMBURU, cari sahaja isteri BERPURDAH tetapi yang PENTING, SOLEHkan diri kamu terlebih dahulu kerana WANITA SOLEHAH tidak dibenarkan berkahwin dengan LELAKI TIDAK SOLEH. Suami harus BANYAK MEMBIMBING isteri, bukan isteri yang bimbing suami."

Bidadari Hati




Terima kasih Hilal Asyraf's page..

Satu waktu,aku tidak kenal apa itu bahagia,
walau nikmat mengelilingi hidupku,
namun jiwa terasa kekosongan sentiasa.
Ibarat Adam yang duduknya di dalam Syurga,
penuh dengan nikmat yang tidak terkira,
namun jiwanya sepi,
hinggalah dihadirkan buatnya Hawwa.

Dan engkau muncul di dalam hidupku memberikan seri,
buat kehidupan ini seakan punya destinasi,
batu loncatan menggapai Ilahi,
sungguh ini adalah fitrah insani di dalam diri.

Lantas aku mengorak langkah,
berusaha menggapai dikau hai Bidadari,
pahit maung, duka luka, segalanya aku tempuhi,
hinggalah pada hari yang berbahagia,
tangan kita bersatu bersama wajah nan berseri-seri.

Engkau adalah bidadari di langit tinggi,
hanya Tuhan yang mengerti betapa gembiranya hati,
sungguh saban pagi,
aku bersyukur kerana wujudnya dikau di sisi.
Sungguh saban masa berlari aku hargai,
kerana saban waktu itu engkau menemani diri.
Wajahmu,gerak langkahmu,ulahmu,
semua menyuburkan jiwaku.
Ibarat wujud diri ini di syurga,
dan aku tahu hidupku telah dilengkapi.

Tidaklah aku terlalu bodoh menyangka,
inilah kesempurnaan hidup seorang manusia,
kerana di hadapan kita,
sentiasa ada syurga dan neraka.
Namun apalah namanya cinta jika membawa ke neraka,
ke syurga berpimpinan tangan itulah impian kita,
engkau melengkapiku dan aku melengkapimu,
ke arah redhaNya juga kita mahu bersama.

Bersama menempuh suka duka,
bersama menampung kekurangan dan cacat cela,
kita memandang sesama kita,
kemudian tersenyum bersama-sama.

Engkau adalah aku dan aku adalah dirimu,
wahai bidadari hati,
puisi ini hanya untukmu.

~ Hilal Asyraf ~
1503050812
Kuala Lumpur,Malaysia.

Saturday, August 4, 2012

Tidak perlu cemburu

Daripada Zaharuddin.net..tq


Melihat manusia saling dengki, hasad dan cemburu di antara satu sama lain, lalu aku melihat firman Allah "Kami telah bahagi-bahagikan di antara kamu bahagian kehidupanmu, dan melebihkan sebahagian di atas yang lain.." (Surah Az-Zukhruf: 32). Lalu mengapa perlu lagi aku hasad, dengki dan cemburu yang menjatuhkan?. Amalkan nescaya hidupmu lebih tenang.

Live, Love n Learn..


~ everything happens for a reason .. LIVE it, LOVE it, LEARN from it !~

Friday, August 3, 2012

Laksana Menggenggam Bara Api

Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang pada agamanya laksana menggenggam bara api.” (Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan dan Pengajaran :

a. Orang yang berpegang pada ajaran Islam (mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah) akan dipandang hina, jumud dan lain-lain.

b. Mereka tersepit dan cuba dipengaruhi oleh keadaan sekeliling agar meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah, baik dari orang kafir dan lebih teruk lagi dari orang yang mengaku Islam.

c. Akhir zaman juga orang Islam akan menghadapi tentangan yang hebat, sekiranya
leka maka terlepaslah Islam dari tangan mereka.

Ikhlas dan Tawadhu'



Adab org yg berbuat kebaikan: Dia tidak mengharapkan balasan hatta satu senyuman sekalipun dari org yg dia berbuat baik, inilah jalan Ikhlas.

Adab org yg diberi kebaikan: Dia akan membalas kebaikan itu, hatta dgn satu senyuman sekalipun, inilah jalan Tawadhu'.

-Zaili Ikram Ramli-

Mutiara bicara al Imam al-Ghazali


ya Allah..

Tq ukhtie pinkygurlz, juharyati bt yahaya.. :)


Ketika dilahirkan, Kau berikanku hati kecil yang bersih
 Ku penuhi ia dengan cinta pada-Mu..Cinta yang murni nan suci
 Kau lah kekasih dan Pemilikku.. Cinta-Mu pada hatiku, bertambah
Wahai yang dekatnya membahagiakanku.. redha selain-Mu tak ku inginkan

 Hatiku, dengan mengingat-Mu, merasa tenang.. memohon kepada-Mu
 Tuhanku yang Maha Tinggi Maha Suci Engkau, dengan memuji-Mu, ku memohon maaf dan ampunan-Mu
Syukur terucap.. untuk petunjuk yang Kau berikan padaku..
 Hati ini, dengan menyebut-Mu, merasakan khusyuk
 Tetapkanlah hati ini dengan keutamaan-Mu Wahai Tuhanku..
Sampai ia mentaati dan mendengar