entri asal di
http://pinkygurlzlifestory.blogspot.com/
terima kasih pinkygurlz..
:)
assalamualaikum .. :]
♥ ..
uhibbukum jamian ..♥
" Cinta Bukan Sekadar Dakwaan, Tetapi memerlukan
Bukti"
Walau Cinta itu hanya ALLAH Yang Berhak mengadilinya..
Ya Rasulullah..
Tidak layak rasanya aku menjadi umatmu, yang
sering terleka menjadi hamba dunia, sedangkan dahulu engkau berjuang
bermati-matian demi kesejahteraan umatmu.
Aku terlalu rindukanmu.
Terlalu rindukan insan sepekertimu.
Tiada insan semuliamu Ya Rasulullah..
Sungguh, aku terlalu banyak berdosa. Dengan dosa
silam dan kejahatan ku yang berganda-ganda kini, hakikatnya..aku bukan umatmu
yang suci. Aku gagal Ya Habibi..
Allah~
Masih lagi aku malu menukilkan surat cinta
ini.Pasti engkau tahu apa yang ingin ku sampaikan buatmu.
Allah~
Sungguh, betapa beratnya hati ku menyatakan ,
aku umatmu yang kelam, Bantulah aku Ya ALLAH, Syafaatkanlah umatmu Ya
Rasulullah..
Aku Malu.. Aku Rindu~
Lau Kana Bainana Ya Rasulullah ..
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ~
Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang..
~ Rasanya cukup kot dengan post2 'lagha' dan tak
berfaedah sebelum2 ni.. hoho .. Let us be serious this time yaa ..!!
Kerana saya ingin membicarakan mengenai Rasululah s.a.w. Kekasih Allah, yang
juga seharusnya menjadi kekasih di hati kita selepas Allah 'azza wajalla.. :)
~ Alhamdulillah, dalam minggu ni Allah beri
peluang untuk saya lebih mengenali baginda Rasulullah s.a.w. bermula dengan
menonton ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha di blognya.. di
samping hari ni yang jatuh nya hari Israk Mikraj (27 Rejab 1433H) .. semua ini
terjadi dengan izinNya.. syukur, ALHAMDULILLAH ..
'Penangan' yang diberi ustazah amat terkesan di
hati saya. Beliau wujudkan persoalan, 'andai Rasulullah berada di hadapan kita,
adakah kita mempunyai sesuatu untuk diceritakan kepada baginda..??' cerita tu
melambangkan usaha2 kita dalam membuktikan bahawa kita adalah ummat baginda ..
bahawa kita cinta pada baginda..
~ amat2 mustahil kita nak cerita aktiviti harian
kita yang membosankan dan lebih kurang sama dengan orang lain.. betul ?? bangun
pagi..gosok gigi..breakfast .. mai (datang) kerja..balik kerja.. makan.. dan
tidur.. tu sahaja.. Tak malukah kita, untuk kita ceritakan hal yang remeh temeh
pada baginda Rasulullah, yang merupakan semulia-mulia manusia?? Allah...
~ sekurang-kurangnya kita punya sesuatu..
seperti kita menyambung rantai perjuangan baginda, 'amar ma'ruf nahi mungkar'
.. berdakwah semampunya .. bukan hanya pada bibir yang mengungkap cinta, tp
perlukan jasad untuk melakukannya ..
insyaALLAH .. * nasihat untuk diri sendiri juga
.. yang malu dengan gelumang dosa lama yang
menggunung.. huhu..
*nak menangis rasanya .. (╥_╥)"
*nak menangis rasanya .. (╥_╥)"
~ Bak kata Ustaz Muhadir pula di dalam ceramah
yang saya lihat di Youtube, andai kita cinta pada seseorang, kita perlu
membuktikannya .. kita cinta pada ibu bapa, dengan belajar bersungguh-sungguh
.. dapat keputusan yang baik agar mereka gembira.. tu cinta kita pada ibu bapa
.. Tapi cinta kita pada Rasulullah, apa buktinya .. ????
~ Saya tak berapa ingat, siapa nama yang
disebutkan ustaz.. Tapi ustaz tu ada menceritakan satu kisah bahawa ada seorang
alim, yang apabila ditanya, andai Rasulullah ada di hadapanmu, apa yang akan
kamu lakukan ..?? Memandangkan sesiapa yang pernah melihat Rasulullah, akan
dijamin Syurga, kebanyakan kita pasti akan menjawab andai baginda ada di depan
kita, pasti akan mencium baginda, memohon syafaat darinya, dan apa-apa lagi
yang boleh menjamin kita ke JannahNya .. Tapi orang alim itu menjawab, andai
Rasulullah ada di depannya, dia akan lari untuk sembunyikan diri.. kerana dia
merasakan bahawa siapalah dia yang ingin berada hampir dengan baginda .. sbb
dia malu, merasakan dirinya begitu banyak dosa dan 'lagha', dan tak layak untuk
bersama baginda Rasulullah .. Allah...
~ saat Ustaz Muhadir menceritakan kisah-kisah
Rasulullah s.a.w, sekali sekala dia menyapu air matanya yang mengalir ..
Allah... dapatkah kita merasakan sepertimana yang dirasakan ustaz tu ..? Atau
kita masih lagi dengan dunia khayalan kita ..? Layakkah kita nanti, untuk
bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak ..?
~ saat sakaratul maut baginda, masih lagi
baginda memikirkan tentang kita .. umatnya yang tidak pernah dijumpai baginda
.. Baginda bertanya kepada Allah, apakah keistimewaan umatnya ..? Dan
keistimewaan yang Allah berikan adalah, Dia mengharamkan orang lain untuk
memasuki SyurgaNya sebelum ummat Nabi Muhammad masuk dahulu ke dalamnya .. Allah...
~ Ustaz tu jugak ada menceritakan kisah Bilal
bin Rabah yang mana ketika sedang nazak, ketika orang di sekelilingnya menangis
kerana dia yang hampir pergi, dia berulang kali mengatakan bahawa beliau
gembira .. Beliau gembira kerana akan dipertemukan dengan kekasih Allah
Rasulullah s.a.w. Allahu rabbi .. Kita pula..?? Takutkan kematian. Kerana
terpaksa tinggalkan segala kenikmatan dunia .. yang paling utama, dosa kita
yang menggunung itulah yang paling kita takutkan .. sbb kita cuma ada dua
pilihan :
Syurga atau Neraka ..
~ Saya tak nak bercerita panjang .. apa yang
saya nak ingatkan, untuk diri saya juga sahabat2 saya, setiap apa yang kita
lakukan, fikirkanlah .. ia akan membawa kita ke Syurga, bersama-sama dengan
Rasulullah s.a.w atau sebaliknya ..
~ tunjukkan .. buktikanlah bahawa kita juga
cinta pada baginda.. sebagaimana cintanya baginda kepada kita .. Lazimi
sunnahnya.. berselawatlah padanya .. yang mana kita tahu bahawa pahala
berselawat itu, hikmah berselawat itu amatlah banyak.
~ Allah tidak solat bersama kita .. Allah tidak
menunaikan haji bersama kita .. Tapi Allah mendahului kita dalam berselawat
kepada baginda .. Malah Allah memerintahkan malaikat berselawat kepada baginda
.. dan para malaikat juga berselawat kepada baginda .. Satu lagi, andai kita
cinta pada Allah, Allah juga akan peritahkan semua malaikat untuk mencintai
kita .. Dan andai Allah cinta dan sayang pada kita, ketahulah, bahawa manusia
juga akan cinta dan sayang kepada kita .. sebagaimana Rasulullah s.a.w yang
dicintai Allah, malaikat, malah seluruh ummat manusia .. Subhanallah .. ~
~ buat diri ini serta sahabat2 saya, kenalilah
baginda, agar kita boleh mencintai baginda sepenuhnya .. sepenuh hati ..
sepenuh jiwa ..
✿ Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi
wabaarik wasallim ✿
~ Cinta pada Allah .. Cinta pada Rasulullah ..
itulah cinta haikiki .. Cinta yang abadi .. juga cinta yang menguntungkan diri.
~ suatu perkongsian .. moga dpt
menghidupkan hati2 yang lesu dan layu .. moga diteguhkan iman hingga saat kita
bertemu dgnNya .. amiin Ya Rabb ..
~ Irhamna Ya Rahman .. (-‿-✿)
No comments:
Post a Comment