Kerana melihat kepada jubah-jubah dan
kopiah putih, tudung labuh dan niqab yang
disarungkan ke tubuh mereka, hatiku berasa
tertarik untuk mengetahui jalan ceritanya. Satu
usaha yang wajar dipuji pabila wujud filem
alternatif bercorak Islamik sebegini.Namun, mungkin
pihak-pihak berkenaan di Malaysia perlu
merujuk kepada `Alim `Ulama` yang ada
sebelum menerbitkan filem-filem yang pada kaca
mata mereka sudah bersifat Islamik.
Mengisahkan tentang watak utama yang telah
bertaubat daripada kesilapan lalu lantas
mendekatkan dirinya kepada Allah Maha
Penerima Taubat.Benar, Allah Maha Penerima
Taubat.Sebagaimana satu kisah yang pernah
diceritakan tentang seorang lelaki yang
telah membunuh 99 orang, kemudian berhasrat untuk
bertaubat kepada Allah.Dan sesungguhnya, Allah
Maha Penerima Taubat.
Turut memaparkan tentang kedamaian dan ketenangan
Islam melalui zikir-zikir yang dialunkan, dan
menggambarkan keindahan Islam melalui babak
solat berjemaah perlu dirapatkan saf.Juga
tertarik dengan kalam `kerana cintakan saudara, sahabat
menafkahkan jiwanya`.Selari dengan maksud Hadith
Nabi Muhammad SAW, “Tidak sempurna iman
seseorang daripada kamu sehingga dia
mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi
dirinya sendiri”.
Namun, sayang seribu kali sayang.Cerita yang
sepatutnya menggambarkan tentang keindahan Islam, Agama
Benar lagi bersifat Syumul (Menyeluruh, Universal)
seindah pakaian-pakaian yang dikenakan tetapi
terdapat beberapa babak yang menyakitkan
mata.Sakit mataku tatkala melihat beberapa
`scene` yang menyalahi ajaran Islam
sebagaimana sepatutnya.
Aku berasa sedikit jengkel pabila melihat
H#*&% meletakkan kain serbannya ke atas
bahu tunangannya, duduk hampir bertemu lutut
walaupun ditemani adiknya, dan memukul bahu
tunangannya dengan kain serbannya. Adakah status
`tunang` menghalalkan semua perlakuan mesra
tersebut?Walaupun mungkin langsung tidak bersentuhan,
namun selayaknya suasana mesra sebegitu hanya
dilakukan oleh seorang suami terhadap
isterinya.Bercinta cara Islamik sebelum hubungan
halal antara seorang teruna dan dara
ada panduannya.Batas pergaulan bahkan pandangan
mata wajib dijaga selagi belum ada ikatan
yang halal lebih-lebih lagi antara seorang
pendaulat ayat-ayat Allah dan serikandinya.Dan,
mungkin boleh dimaafkan ( atau tidak ) pabila
dia membaca sepotong ayat Al-Quran tetapi
salah tajwidnya walaupun tidak sepatutnya
seorang yang layak belajar di Yaman
salah membaca hukum Idgham Ma`al Ghunnah, hukum
tajwid yang amat asas dan dipelajari
semasa di sekolah rendah.
Jengkel lagi menyapa hatiku tatkala melihat
watak utama dan seorang perempuan bukan
mahram duduk bersebelahan bertemu lengan.Tidak
sepatutnya dia yang segak berbaju melayu
dan berkopiah putih lagi telah dan
sedang mempelajari tentang Islam di sebuah
madrasah, duduk amat rapat di sebelah seorang
perempuan yang bukan mahramnya sedangkan
banyak lagi kerusi kosong di bahagian
belakang van.Dan memang sebenarnya, sedikit
sebanyak pakaian yang dipakai turut
memainkan peranan `menjaga` tuannya.Seorang yang
berilmu lagi beriman, berbaju melayu dan
berkopiah putih sudah tentu tahu menjaga
dirinya dengan sebenar-benarnya.Dan di manakah
perlunya diselitkan babak gurauan antara
dua orang sahabat melihat gambar perempuan
yang tidak ber*#$%??Malu sungguh untuk dinyatakan
di sini.
Dan aku juga antara salah seorang
daripada mereka yang amat tidak meredai
babak watak utama ditangkap khalwat bersama
x&^%.Sungguh menjijikkan.Sudah tiadakah babak
lain yang lebih baik untuk menggambarkan
babak sebegitu?Mengimbau cerita `Ketika Cinta
Bertasbih` ( KCB )karangan Habibur Rahman El-Shirazy,
seorang mahasiswa lulusan Sarjana Universiti
al-Azhar yang aku lupa nama wataknya, telah
bermalam di hotel untuk menyiapkan tesisnya, diperangkap
zina oleh seorang awek Misr namun
langsung tidak ditunjukkan babak-babak
sebegitu.Hanya sekadar diugut melalui
emel.Walaupun agak kurang logik kerana
tidak menceritakan bagaimana seorang asing boleh
menceroboh masuk ke bilik hotel tersebut
namun boleh jadi, pekerja hotel tersebut dirasuah.Namun,
tidak juga diceritakan tentang rasuah
kerana Islam mengHARAMkan rasuah.Pandai-pandai
penontonlah untuk menafsirkannya.Semua yang HARAM
langsung tidak diiklankan dalam filem
tersebut.Sehingga babak Abdullah Khairul Azam
yang kemalangan dijenguk adik perempuan
kandungnya, namun tiada juga babak `adik
kandung` sendiri menyentuh `abang
kandung`nya.Kalau cerita KCB, memang aku kasi
Mumtaz!!Nampaknya, banyak lagi yang perlu
pihak-pihak berkenaan di Malaysia pelajari
andai mahu menerbitkan filem Islamik yang
benar-benar Islamik agar tidak mendatangkan
fitnah kepada Islam, juga tidak mencalarkan
jiwa-jiwa kami yang turut berpakaian
seperti pelakon-pelakon tersebut.
No comments:
Post a Comment