Saturday, June 23, 2012

Serahkan Pada-Nya..

~Kredit untuk facebook Himpunan Kata-kata Us Azhar Idrus~

Antara dua hati, ada syara' yang membatasi.
Jagalah kesucian hati, agar terjaga fitrah insani.

"tapi.. aku sungguh mencintai dia!"

Tanyakan dirimu kembali, siapakah yang paling berhak dicintai..?

sesuatu yang walau tidak diungkap, tetap diketahui Allah...
jadi,serahkan cintamu kepadaNya..
InsyaAllah,Dia akan mengatur cinta kita dengan sebaiknya..

Jika kau jatuh hati, lebih perlu kau dekati Allah.
jika kau jatuh hati, lebih perlu kau panjangkan tangis dalam tahajudmu.

cinta yang kukuh tak terbina dari asas yang rapuh..
Binalah Asas cinta yang teguh untuk suatu pernikahan yang diredhaiNya..

Seiras Dirimu..

Antara  insan  yang  aku temui..
tiada  pandangan  seredup  pandanganmu
tiada  wajah  setenang  wajahmu
tiada  senyuman  semanis  senyumanmu

Semua  itu..
membuatkan  aku..
apakah  aku  juga 
mampu  memiliki
wajah  dibasahi  kedamaian 
Al-Quran
tekad  dibaluti  keberanian
Umar  al-Khattab
kata-kata  dihiasi  mutiara
Rasulullah  SAW

Segalanya..
seiras  dirimu..

~melihat  dirimu  terpancar  segala  kesenangan  dunia~

Friday, June 22, 2012

Aduhai Filem Islamik



                Kerana  melihat  kepada  jubah-jubah  dan  kopiah  putih, tudung  labuh  dan  niqab  yang  disarungkan  ke tubuh  mereka, hatiku  berasa  tertarik  untuk  mengetahui  jalan  ceritanya. Satu usaha  yang  wajar  dipuji  pabila  wujud  filem  alternatif  bercorak Islamik  sebegini.Namun, mungkin  pihak-pihak  berkenaan  di  Malaysia  perlu   merujuk  kepada  `Alim  `Ulama`  yang  ada  sebelum  menerbitkan  filem-filem  yang  pada  kaca mata  mereka  sudah  bersifat  Islamik.
                Mengisahkan tentang  watak  utama  yang  telah  bertaubat  daripada  kesilapan lalu  lantas  mendekatkan  dirinya  kepada  Allah  Maha  Penerima  Taubat.Benar, Allah  Maha  Penerima  Taubat.Sebagaimana  satu  kisah  yang  pernah  diceritakan  tentang  seorang  lelaki  yang  telah  membunuh  99 orang, kemudian  berhasrat  untuk  bertaubat  kepada  Allah.Dan  sesungguhnya, Allah  Maha  Penerima  Taubat.
                Turut memaparkan  tentang  kedamaian  dan  ketenangan  Islam  melalui  zikir-zikir  yang  dialunkan, dan  menggambarkan  keindahan  Islam  melalui  babak  solat  berjemaah  perlu  dirapatkan  saf.Juga  tertarik  dengan  kalam `kerana  cintakan  saudara, sahabat  menafkahkan  jiwanya`.Selari  dengan  maksud  Hadith  Nabi  Muhammad  SAW, “Tidak  sempurna  iman  seseorang  daripada  kamu  sehingga  dia  mengasihi  saudaranya  sebagaimana  dia  mengasihi  dirinya  sendiri”.
                Namun, sayang  seribu  kali  sayang.Cerita  yang  sepatutnya  menggambarkan  tentang  keindahan  Islam, Agama  Benar  lagi  bersifat  Syumul (Menyeluruh, Universal)  seindah  pakaian-pakaian  yang  dikenakan  tetapi  terdapat  beberapa  babak  yang  menyakitkan  mata.Sakit  mataku tatkala  melihat  beberapa  `scene`  yang  menyalahi  ajaran  Islam  sebagaimana  sepatutnya.
                Aku  berasa  sedikit  jengkel  pabila  melihat  H#*&%  meletakkan  kain  serbannya  ke atas  bahu  tunangannya, duduk  hampir  bertemu  lutut  walaupun  ditemani  adiknya, dan  memukul  bahu  tunangannya  dengan  kain  serbannya. Adakah  status `tunang`  menghalalkan  semua  perlakuan  mesra  tersebut?Walaupun  mungkin  langsung  tidak  bersentuhan, namun  selayaknya  suasana  mesra  sebegitu  hanya  dilakukan  oleh  seorang  suami  terhadap  isterinya.Bercinta  cara  Islamik  sebelum  hubungan  halal  antara  seorang  teruna  dan  dara  ada  panduannya.Batas  pergaulan  bahkan  pandangan  mata  wajib  dijaga  selagi  belum  ada  ikatan  yang  halal  lebih-lebih  lagi  antara  seorang  pendaulat ayat-ayat  Allah  dan  serikandinya.Dan,  mungkin  boleh  dimaafkan ( atau  tidak )  pabila  dia  membaca  sepotong  ayat  Al-Quran  tetapi  salah  tajwidnya  walaupun  tidak  sepatutnya  seorang  yang  layak  belajar  di  Yaman  salah  membaca  hukum  Idgham  Ma`al  Ghunnah, hukum tajwid  yang  amat  asas  dan  dipelajari  semasa  di  sekolah  rendah.
                Jengkel  lagi  menyapa  hatiku  tatkala  melihat  watak  utama  dan  seorang  perempuan  bukan  mahram  duduk bersebelahan  bertemu  lengan.Tidak  sepatutnya  dia  yang  segak  berbaju  melayu  dan  berkopiah  putih  lagi  telah  dan  sedang  mempelajari  tentang  Islam  di sebuah  madrasah, duduk  amat  rapat  di sebelah  seorang  perempuan  yang  bukan  mahramnya  sedangkan  banyak  lagi  kerusi  kosong  di  bahagian  belakang  van.Dan  memang  sebenarnya, sedikit  sebanyak  pakaian  yang  dipakai  turut  memainkan  peranan  `menjaga`  tuannya.Seorang  yang  berilmu  lagi  beriman, berbaju  melayu  dan  berkopiah  putih  sudah  tentu  tahu  menjaga  dirinya  dengan  sebenar-benarnya.Dan  di manakah  perlunya  diselitkan  babak  gurauan  antara  dua  orang  sahabat  melihat  gambar  perempuan  yang  tidak  ber*#$%??Malu  sungguh  untuk  dinyatakan  di sini.
                Dan  aku  juga  antara  salah  seorang  daripada  mereka  yang  amat  tidak  meredai  babak  watak utama  ditangkap  khalwat  bersama x&^%.Sungguh  menjijikkan.Sudah  tiadakah  babak  lain  yang  lebih  baik  untuk  menggambarkan  babak  sebegitu?Mengimbau  cerita  `Ketika  Cinta  Bertasbih` ( KCB )karangan  Habibur  Rahman  El-Shirazy, seorang  mahasiswa  lulusan  Sarjana  Universiti  al-Azhar yang  aku  lupa  nama  wataknya, telah  bermalam  di hotel  untuk  menyiapkan  tesisnya, diperangkap  zina  oleh  seorang  awek  Misr  namun  langsung  tidak  ditunjukkan  babak-babak  sebegitu.Hanya  sekadar  diugut  melalui  emel.Walaupun  agak  kurang  logik  kerana  tidak  menceritakan  bagaimana  seorang  asing  boleh menceroboh  masuk  ke  bilik  hotel  tersebut  namun  boleh jadi, pekerja  hotel  tersebut  dirasuah.Namun, tidak  juga  diceritakan  tentang  rasuah  kerana  Islam  mengHARAMkan  rasuah.Pandai-pandai  penontonlah  untuk  menafsirkannya.Semua  yang  HARAM  langsung  tidak  diiklankan  dalam  filem  tersebut.Sehingga  babak  Abdullah  Khairul  Azam  yang  kemalangan  dijenguk  adik  perempuan  kandungnya, namun  tiada  juga  babak  `adik  kandung`  sendiri  menyentuh  `abang  kandung`nya.Kalau  cerita  KCB, memang  aku  kasi  Mumtaz!!Nampaknya, banyak  lagi  yang  perlu  pihak-pihak  berkenaan  di  Malaysia  pelajari  andai  mahu  menerbitkan  filem  Islamik  yang  benar-benar Islamik  agar  tidak  mendatangkan  fitnah  kepada  Islam, juga  tidak   mencalarkan  jiwa-jiwa  kami  yang  turut  berpakaian  seperti  pelakon-pelakon  tersebut.

Lau Kaana Bainana Ya Rasulullah


entri asal di http://pinkygurlzlifestory.blogspot.com/

terima kasih pinkygurlz.. :)

assalamualaikum .. :]

 .. uhibbukum jamian ..


 " Cinta Bukan Sekadar Dakwaan, Tetapi memerlukan Bukti"

Walau Cinta itu hanya ALLAH Yang Berhak mengadilinya..

Ya Rasulullah..
Tidak layak rasanya aku menjadi umatmu, yang sering terleka menjadi hamba dunia, sedangkan dahulu engkau berjuang bermati-matian demi kesejahteraan umatmu.
Aku terlalu rindukanmu.
Terlalu rindukan insan sepekertimu.
Tiada insan semuliamu Ya Rasulullah.. 
Sungguh, aku terlalu banyak berdosa. Dengan dosa silam dan kejahatan ku yang berganda-ganda kini, hakikatnya..aku bukan umatmu yang suci. Aku gagal Ya Habibi..
Allah~ 
Masih lagi aku malu menukilkan surat cinta ini.Pasti engkau tahu apa yang ingin ku sampaikan buatmu. 
Allah~
Sungguh, betapa beratnya hati ku menyatakan , aku umatmu yang kelam, Bantulah aku Ya ALLAH, Syafaatkanlah umatmu Ya Rasulullah..
Aku Malu.. Aku Rindu~


Lau Kana Bainana Ya Rasulullah ..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ~

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

~ Rasanya cukup kot dengan post2 'lagha' dan tak berfaedah sebelum2 ni.. hoho .. Let us be serious this time yaa ..!! Kerana saya ingin membicarakan mengenai Rasululah s.a.w. Kekasih Allah, yang juga seharusnya menjadi kekasih di hati kita selepas Allah 'azza wajalla.. :)


~ Alhamdulillah, dalam minggu ni Allah beri peluang untuk saya lebih mengenali baginda Rasulullah s.a.w. bermula dengan menonton ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha di blognya.. di samping hari ni yang jatuh nya hari Israk Mikraj (27 Rejab 1433H) .. semua ini terjadi dengan izinNya.. syukur, ALHAMDULILLAH .. 

'Penangan' yang diberi ustazah amat terkesan di hati saya. Beliau wujudkan persoalan, 'andai Rasulullah berada di hadapan kita, adakah kita mempunyai sesuatu untuk diceritakan kepada baginda..??' cerita tu melambangkan usaha2 kita dalam membuktikan bahawa kita adalah ummat baginda .. bahawa kita cinta pada baginda..

~ amat2 mustahil kita nak cerita aktiviti harian kita yang membosankan dan lebih kurang sama dengan orang lain.. betul ?? bangun pagi..gosok gigi..breakfast .. mai (datang) kerja..balik kerja.. makan.. dan tidur.. tu sahaja.. Tak malukah kita, untuk kita ceritakan hal yang remeh temeh pada baginda Rasulullah, yang merupakan semulia-mulia manusia?? Allah...

~ sekurang-kurangnya kita punya sesuatu.. seperti kita menyambung rantai perjuangan baginda, 'amar ma'ruf nahi mungkar' .. berdakwah semampunya .. bukan hanya pada bibir yang mengungkap cinta, tp perlukan jasad untuk melakukannya .. 
insyaALLAH .. * nasihat untuk diri sendiri juga .. yang malu dengan gelumang dosa lama yang menggunung.. huhu..
*nak menangis rasanya .. (╥_╥)"

~ Bak kata Ustaz Muhadir pula di dalam ceramah yang saya lihat di Youtube, andai kita cinta pada seseorang, kita perlu membuktikannya .. kita cinta pada ibu bapa, dengan belajar bersungguh-sungguh .. dapat keputusan yang baik agar mereka gembira.. tu cinta kita pada ibu bapa .. Tapi cinta kita pada Rasulullah, apa buktinya .. ????

~ Saya tak berapa ingat, siapa nama yang disebutkan ustaz.. Tapi ustaz tu ada menceritakan satu kisah bahawa ada seorang alim, yang apabila ditanya, andai Rasulullah ada di hadapanmu, apa yang akan kamu lakukan ..?? Memandangkan sesiapa yang pernah melihat Rasulullah, akan dijamin Syurga, kebanyakan kita pasti akan menjawab andai baginda ada di depan kita, pasti akan mencium baginda, memohon syafaat darinya, dan apa-apa lagi yang boleh menjamin kita ke JannahNya .. Tapi orang alim itu menjawab, andai Rasulullah ada di depannya, dia akan lari untuk sembunyikan diri.. kerana dia merasakan bahawa siapalah dia yang ingin berada hampir dengan baginda .. sbb dia malu, merasakan dirinya begitu banyak dosa dan 'lagha', dan tak layak untuk bersama baginda Rasulullah .. Allah...

~ saat Ustaz Muhadir menceritakan kisah-kisah Rasulullah s.a.w, sekali sekala dia menyapu air matanya yang mengalir .. Allah... dapatkah kita merasakan sepertimana yang dirasakan ustaz tu ..? Atau kita masih lagi dengan dunia khayalan kita ..? Layakkah kita nanti, untuk bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak ..?

~ saat sakaratul maut baginda, masih lagi baginda memikirkan tentang kita .. umatnya yang tidak pernah dijumpai baginda .. Baginda bertanya kepada Allah, apakah keistimewaan umatnya ..? Dan keistimewaan yang Allah berikan adalah, Dia mengharamkan orang lain untuk memasuki SyurgaNya sebelum ummat Nabi Muhammad masuk dahulu ke dalamnya .. Allah...

~ Ustaz tu jugak ada menceritakan kisah Bilal bin Rabah yang mana ketika sedang nazak, ketika orang di sekelilingnya menangis kerana dia yang hampir pergi, dia berulang kali mengatakan bahawa beliau gembira .. Beliau gembira kerana akan dipertemukan dengan kekasih Allah Rasulullah s.a.w. Allahu rabbi .. Kita pula..?? Takutkan kematian. Kerana terpaksa tinggalkan segala kenikmatan dunia .. yang paling utama, dosa kita yang menggunung itulah yang paling kita takutkan .. sbb kita cuma ada dua pilihan : 
Syurga atau Neraka ..

~ Saya tak nak bercerita panjang .. apa yang saya nak ingatkan, untuk diri saya juga sahabat2 saya, setiap apa yang kita lakukan, fikirkanlah .. ia akan membawa kita ke Syurga, bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w atau sebaliknya ..

~ tunjukkan .. buktikanlah bahawa kita juga cinta pada baginda.. sebagaimana cintanya baginda kepada kita .. Lazimi sunnahnya.. berselawatlah padanya .. yang mana kita tahu bahawa pahala berselawat itu, hikmah berselawat itu amatlah banyak.

~ Allah tidak solat bersama kita .. Allah tidak menunaikan haji bersama kita .. Tapi Allah mendahului kita dalam berselawat kepada baginda .. Malah Allah memerintahkan malaikat berselawat kepada baginda .. dan para malaikat juga berselawat kepada baginda .. Satu lagi, andai kita cinta pada Allah, Allah juga akan peritahkan semua malaikat untuk mencintai kita .. Dan andai Allah cinta dan sayang pada kita, ketahulah, bahawa manusia juga akan cinta dan sayang kepada kita .. sebagaimana Rasulullah s.a.w yang dicintai Allah, malaikat, malah seluruh ummat manusia .. Subhanallah .. ~

~ buat diri ini serta sahabat2 saya, kenalilah baginda, agar kita boleh mencintai baginda sepenuhnya .. sepenuh hati .. sepenuh jiwa ..

 Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wasallim 

~ Cinta pada Allah .. Cinta pada Rasulullah .. itulah cinta haikiki .. Cinta yang abadi .. juga cinta yang menguntungkan diri.

~ suatu perkongsian .. moga dpt menghidupkan hati2 yang lesu dan layu .. moga diteguhkan iman hingga saat kita bertemu dgnNya .. amiin Ya Rabb ..

~ Irhamna Ya Rahman .. (--)




Perindahkan Ibadahku..

~Terima kasih akh Hafiz Muslim Abdullah~


let`s say
اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَ شُكْرِكَ وَ حُسْنِ عِبَادَتِكَ  
 


YA ALLAH, bantulah aku dalam mengingati-MU, mensyukuri nikmat-MU, dan memperindahkan ibadatku
[HR Abu Daud/Nasai] 

DOA yang perlu diamalkan selepas tiap2 kali solat, sebagaimana yang diperintah oleh NABI SAW kepada sahabatnya MUAz..

Untuk saiyidina Muaz yang kuat ibadat dan kuat berjuang, Rasulullah saw bekalkan doa ini sebagai senjata sekaligus sebagai ubat padanya. Doa tersebut memberi panduan untuk merendah diri kepada Allah, supaya menjadi orang yang suka menyebut, mensyukuri dan beribadah kepada Allah. Kita juga patut mengikutinya untuk menjadi hamba yang benar-benar mengabdikan diri kepadaNya

::Ya ALLAH janganlah engkau jadikan kesibukanku sebagai penghalang daripada mengingatimu...::


Hampirkan Kami Pada Syurga-Mu


      Ya Allah, kami mohon kepada-Mu kebaikan apa yg pernah dipohon oleh Nabi-Mu, kekasih-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu, Muhammad saw.Kami mohon perlindungan-Mu dari segala kejahatan dan apa yg pernah dipohon perlindungan oleh Nabi-Mu, kekasih-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu, Muhammad saw.

      Ya Allah, kami mohon pada-Mu syurga dan apa yg boleh menghampirkan kami padanya sama ada melalui perkataan, perbuatan, niat mahupun iktiqad kami.

     Ya Allah, jauhkanlah daripada kami neraka dan apa juga yg boleh menghampirkan kami padanya sama ada melalui perkataan, perbuatan, niat mahupun iktiqad kami.Amin..