Saturday, September 1, 2012

Sekadar Mencintai al Quran -siri 2

"Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah Mu.
 Janganlah Engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku.
 Aku tidak mampu membaca kalimah mu. 
Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. 
Tapi aku sangat mengasihi mu. 
Aku sangat mencintaimu."

 “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku,
 jangan engkau menuduh aku di hadapan Tuhan di akhirat nanti”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

 Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua.

Nota : Saya perolehi kisah ini dari sebuah blog. Sebelum blog berkenaan menulis kisah ini, saya pernah mendengar kisah yang sama dari seorang sahabat. Penyampaian secara lisan sahaja. Benar atau tidak kisah ini wallahuallam.. Cuma kita sebagai Umat Islam perlulah mencintai Al-Quran. Jika sudah pandai membacanya, hayatilah maknanya, lalu amalkanlah ia. Yang masih merangkak pembacaannya, teruskan belajar dan belajar. Semoga kita memperoleh rahmat dari pembacaan Al-Quran. Amin.. |akhi fairuz|

No comments:

Post a Comment