Monday, September 10, 2012

Ke Arah Hidup yang Lebih Sihat

بسم الله الرحمن الرحيم..

 " ان الله جميل، يحب الجمال"

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kecantikan."

 Terasa ingin berkongsi sesuatu hari ini.

 Pada penghujung tahun lepas, berat turun 3 kilogram.Keliru, adakah selama 12 bulan berat hanya turun 3 kilogram atau berat turun setelah aku cuba mengawal selera makan bermula cuti persekolahan akhir tahun pada November 2011?I'm not sure..

 Setelah lebih kurang 2 minggu berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini, sekali lagi aku terkejut.Jarum penimbang di salah sebuah pasaraya di utara tanahair menunjukkan aku telah mengalami pengurangan berat badan sebanyak 4 kilogram.Sekali lagi aku keliru, adakah berat turun setelah aku memaksa diri berjoging selama 30 minit hampir setiap hari bermula pada hujung bulan Jun lepas atau kerana demam yang aku alami hampir 2 minggu disusuli dengan puasa Ramadhan yang ditunaikan juga baru 2 minggu?Entahlah..Yang pasti, hatiku gembira bukan kepalang.. :) 

Mulalah jari-jemariku bersemangat mencari kaedah-kaedah menurunkan berat badan.Rata-rata menyarankan agar mereka yang mempunyai masalah obesiti seperti aku agar mengawal pemakanan, bersenam dan memperbanyak minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.Malahan, aku pernah terjumpa artikel yang mencadangkan agar minum 2.3 liter air putih sehari.Terasa kembung perut ini.. @_@

 Namun, antara yang menarik yang aku baru temui ialah "Makanan Pembakar Lemak." :D Hatiku berbunga riang.Agaknya benda-benda ni boleh dimakan banyak..Let's burn our fats with these foods.. ^_^

 *  telur..membakar lemak dan mengelakkan otot menjadi kendur setelah kurus.Patutlah seorang doktor pakar obesiti kawanku memberitahu doktor tersebut menyarankan dia bersarapan 3 hingga 4 biji telur setiap pagi..Daripada pengalaman aku, memang kenyang pabila bersarapan telur setiap pagi.Makan tengahari sekadar satu senduk nasi+ seketul ayam atau seekor ikan + sayur = kenyang..Kalau ambil lebih daripada ni, perut dah terasa segah..

 * minum teh hijau setiap hari
* yogourt rendah lemak
* oat..(yang ni kurang selera sikit)
* ikan (ikan salmon lebih baik)
* susu soya
* cili
* tomato

Banyak lagi sebenarnya.
Ini je yang aku ingat..

..Moga-moga berat dan inci badanku semakin berkurang.. :)K lah, let's exercise..c u soon.. ^_^

No comments:

Post a Comment