29 Okt 2012
بسم الله
الرحمن الرحيم..السلام عليكم و رحمة
الله و بركاته..
Dan salam sejahtera.
Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan
Penaga,
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,
Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Encik Zulkifli b. Mohamed,
Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Puan Juriah bt. Ismail,
Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak
murid sekalian..
Memulakan perhimpunan rasmi kita pada pagi ini, marilah
kita bersama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Kebangsaan,iaitu lagu Negaraku,
lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah dengan penuh bersemangat. Sidang
hadirin diminta berdiri. Dijemput adik Mohd Noor Hakim bin Mohd Yusof untuk
memimpin nyanyian...
***************** Nyanyian lagu
***********************
Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Noor Hakim bin Mohd Yusof dan semua atas nyayian yang penuh bersemangat sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Adik Mohd Danial Haikal bin Masri untuk mengetuai bacaan Ikrar.Dipersilakan...
***************** Bacaan ikrar
***********************
Terima kasih diucapkan kepada Adik Mohd Danial Haikal bin Masri atas bacaan ikrar sebentar tadi.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan
rasa kesyukuran ke hadrat Allah Al-‘Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan
limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi dalam perhimpunan pada pagi ini.
Untuk makluman semua, guru yang bertugas pada minggu
ini ialah Cg Intan Shafiena, Cg Jamaliah bt Jaafar dan ustazah sendiri. Jika
kamu menghadapi sebarang masalah, bolehlah berjumpa dengan kami bertiga.
Pada kesempatan yang ada ini, ustazah mengambil
peluang mengucapkan salam ‘eiduladha buat semua.
(( Murid-murid sekalian, sila beri perhatian. Di akhir
cerita ustazah, ada beberapa soalan, sesiapa boleh jawab, ada hadiah yang
menanti.........)) ^_^
Sedikit perkongsian tentang hari ‘eiduladha atau dalam
bahasa melayunya kita sebut sebagai hari raya korban. Kenapa kita sebut sebagai
hari raya korban?
Kerana pada hari raya korban iaitu pada 10 Zulhijjah,
umat Islam disunatkan menunaikan ibadah korban. Juga pada hari-hari Tasyrik
iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah, juga disunatkan bagi umat Islam menunaikan
ibadah korban. Antara binatang yang boleh dikorbankan, di negara-negara Arab
mereka boleh menyembelih unta. Bagi kita rakyat Malaysia, kita boleh jadikan
kerbau, lembu dan kambing sebagai binatang korban.
Kita sebut juga sebagai hari raya haji..kerana, pada
bulan Zulhijjah ini, umat Islam yang berkemampuan akan mengerjakan haji di Baitullah.
Menyentuh tentang ‘pengorbanan’, dalam Islam,
bermulanya pensyariatan ibadah korban melalui peristiwa Nabi Ibrahim AS diperintah
oleh Allah SWT menyembelih Nabi Ismail AS. Disebut dalam Al-Quran dalam surah As-Soffat,
ayat 102 :
102)
Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku
melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa
pendapatmu?".
"Wahai ayah, jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang
yang sabar".
Kisah Nabi Ibrahim AS diperintahkan oleh Allah
agar menyembelih Nabi Ismail AS, Allah rakamkan dalam surah as-Saffat, ayat 102
– 109..sebagaimana diceritakan, ketika mana Nabi Allah Ibrahim AS hampir-hampir
menyembelih anaknya Nabi Ismail AS lalu Allah SWT menggantikan dengan seekor kibas.
Setelah itu, Nabi Ibrahim AS pun menyembelih kibas tersebut. Peristiwa inilah
yang menjadi dasar pensyariatan korban pada hari raya haji.
((Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail (‘Alaihimassalam
) tadi ialah :
1) Berusaha mendidik diri agar menjadi anak yang soleh
dengan mengikut semua arahan ibu-bapa kita selagi tidak bertentangan dengan
ajaran Islam.
2) Bersabar dalam setiap dugaan dan ujian Allah.
Seberat mana pun ujian dan dugaan Allah terhadap kita, BESAR dan BERAT lagi
ujian Allah terhadap Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘Alaihimassalam.
3) Mereka yang kuat menghadapi ujian dan dugaan Allah,
Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan perbuatan baik mereka..sepertimana
Nabi Ibrahim AS yang mengutamakan cintanya kepada Allah melebihi cintanya
terhadap anaknya sendiri, Allah anugerahkan kedudukan yang terpuji buat Nabi
Ibrahim yang mana kita semua umat Islam sentiasa memuji Nabi Ibrahim AS dalam tahiyyat
awal dan tahiyyat akhir.))
Setakat itu sahaja, sejarah bagaimana bermulanya
syariat ibadah korban dalam Islam.
Soalan kuiz :
Tahun 1 : Nyatakan tarikh hari raya haji mengikut
kalendar Hijrah....((10 Zulhijjah))
Tahun 2 : Nyatakan hari-hari tasyrik....((11,12,13 Zulhijjah))
Tahun 3 : Nyatakan 4 jenis haiwan yang boleh dijadikan
binatang korban....((Unta, kerbau, lembu, kambing))
Tahun 4 : Nyatakan nama lain bagi ‘Baitullah’....
((Kaabah))
Tahun 5 : Nyatakan peristiwa yg mnjadi dasar
pensyariatan ibadah korban...((Peristiwa Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah
agar menyembelih Nabi Ismail))
Tahun 6 : Nyatakan pengajaran yang boleh diambil
daripada kisah tersebut...
Sedikit
sahaja tentang tema kita pada minggu ini. Tema pada minggu ini ialah
“Hormat-menghormati.” Disebut dalam Surah an-Nisa’, ayat 86:
‘
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan,
Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau
balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa )”
Antara penghormatan yang disyariatkan dalam Islam
ialah ucapan salam. Apabila orang memberi salam kepada kita, “Assalamualaikum”,
kita boleh jawab dengan yang lebih baik, “Waalaikumussalam warahmatullah” atau
kita jawab dengan yang lebih baik lagi “Waalaikumussalam warahmatullah wa
barakatuh” atau cukup kita jawab dengan penghormatan yang serupa iaitu dengan
menjawab “ waalaikumussalam.”
Setakat ini dahulu ucapan ustazah..
PENGUMUMAN :
Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Puan
Hajah Norhayati binti Saad, Guru Besar SK Penaga untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Norhayati
binti Saad. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kalam Guru Besar
sebentar tadi.
Zikir
Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
Doa dipohon menjana taqwa
Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,untuk itu, majlis mempersilakan Adik Mohd Ihsan bin Suhaimi untuk memimpin bacaan doa.....Dipersilakan.
Amin..ya
rabbal alamin..
Ribuan
kemaafan dipohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq
walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
No comments:
Post a Comment