Tuesday, November 13, 2012

Prinsip dan Akhlak Orang Berjuang

 kredit untuk Us Nasrudin Hassan ^_^

berpaut pada 5 noktah :

a] ikhlas dalam tindakan dan ucapan. Segalanya kerana Allah swt. Buang segala lintasan hati yang merosakkan tajarrud kita kepada

Allah swt. Jangan cari redha manusia tetapi carilah redha Allah swt. Nescaya kamu tenang dan bangga berjuang.

b] taqwa kepada Allah swt. Jangan sekali - kali melakukan perkara mungkar samaada mungkar sosial, ekonomi mahupun politik. Tunduk hanya kepada Allah swt. Buang kebesaran makhluk dari hati dan jasadmu nescaya kamu tenang dan hebat berjuang.

c ] benar tutur bicara dan langkah tindakmu. Menepati kehendak syara' dan disiplin Amal fardi serta Amal Jamaei. Jangan tipu diri sendiri dengan menyembunyikan perkara terlarang, kelak jiwa tidak tenang dan ragu terhadap perjuangan yang didokong.

d ] lapang dada dan bersikap terbuka menerima perbezaan selama mana ia tidak merosakkan ketulenan fikrah dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong. Keterbukaan menyebabkan kita tenang dan lega mendepani rencamnya jalur fikir ummat.

e ] miliki maklumat dan dalami ilmu mengenai Islam yang diperjuangkan. Jangan berpada dengan kejahilan dan jangan berlagak alim dengan sekupang maklumat atau ilmu yang dimiliki. Ilmu yang banyak menjadikan hujjah kita kuat dan kita tenang berdepan cerca nista dan mudah memaafkan mereka yang jahil.

Sahabatku ! dengan 5 noktah ini, kau mampu senyum saat dinista, kau mampu bernafas lega saat dicerca, kau mampu menghulur tangan saat dihina, kau mampu berlapang dada saat dikritik dan kau mampu makan sedulang saat difitnah.

Itulah karamah orang berjuang. Ansorullah yang hanya mencari redhaNya. Dia hanya nampak Allah yang Maha Besar lagi Maha Gagah sementara manusia biar besar kepalanya, biar panjang lidahnya, biar bundar matanya, biar berbuih mulutnya dan biar tirus jarinya, mereka semua kerdil dan kecil.

نصر من الله و فتح قريب و بشر المؤمنين

Pertolongan dari Allah, kemenangan yang hampir dan khabar gembira bagi orang yang beriman.

Saturday, November 3, 2012

KERTAS KERJA MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA TAHUN 2012




1.0  PENGENALAN

Program Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu daripada modul yang terkandung dalam program j-QAF.Program ini buat pertama kalinya diadakan di sekolah ini setelah 6 tahun program j-QAF bertapak di sini.Diharap pendidikan formal di sekolah akan menjadi kesinambungan cinta Al-Quran dalam kalangan generasi Islam kita apabila mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat kelak.

2.0  RASIONAL

            Memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam di samping untuk memahirkan bacaan Al-Quran.

3.0  OBJEKTIF

            3.1       Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya                                   dalam kehidupan.
         3.2    Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada                                        kumpulan murid berkenaan.
                 3.3       Menarik minat untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran.

4.0  TARIKH DAN MASA
            10 Oktober 2012 ( Rabu ), 12.00 tengahari - 2.00 petang.

5.0  TEMPAT
            Kantin SK Penaga.

6.0  KUMPULAN SASARAN
            Semua murid Tahun 6.

7.0  ANJURAN
            Panitia Pendidikan Islam ( j-QAF ) SK Penaga.







8.0  ANGGARAN PERBELANJAAN

            8.1       Jamuan Murid      RM 3.50 x 167= RM 584.50
            8.2       Surah Yasin       RM 1.50 x 167  = RM 250.50 
            JUMLAH KESELURUHAN                    = RM 835.00


9.0  SUMBER
            Sekolah dan PIBG.

10.0  JAWATANKUASA  PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

            Pengerusi                       : Pn Hjh Norhayati bt. Saad
            Naib Pengerusi               : Pn Hjh Fuziah bt. Karim
                                                     En Zulkifli b. Mohamed
                                                         Pn Juriah bt. Ismail

            Penyelaras Program         : Pn Umirah bt. Abd Rashid
            Setiausaha                    : Cik Ummei Azura bt. Azman
            Bendahari                      : Pn Shafizah bt. Md Khasim

JAWATANKUASA KERJA

            Pengerusi                      : Pn Umirah bt. Abd Rashid
            Setiausaha                               : Pn Jasika bt. Salleh

Sambutan & Protokol      : En Mohd Azrai b. Mohd Salleh
                                             En Mohd Fauzi b. Abdullah
                                       Pn Noradilah bt. Megat Osman
                                             Pn Shafizah bt. Md Khasim

Kawalan Murid            : Cik Ummei Azura bt. Azman
                                                Pn Norazila bt. Bahari
                                                 Semua guru Tahap 2


Pengacara Majlis           : En Mohd Azrai b. Mohd Salleh
Bacaan Doa : Sdr Mohd Syazwan bin Roslan ( 6 Yakin )
Khalifah Khatam        : En Mohd Fauzi b. Abdullah

Buku Panduan Khatam & Sijil         : Cik Noor Sakinah bt. Che Wang
Cenderamata & Bunga Telur          : Pn Sharija bt. Omar
                                      Pn Hjh Zabidah bt. Abd Rahman

Jamuan                                : Pn Umirah bt. Abd Rashid
                                      Pn Noradilah bt. Megat Osman

Siaraya & PA Sistem                      : Tn Hj Razai b. Said

Persiapan & Perleraian            : Pn Sakinah bt. Ahmad
                                           Pn Mashithoh bt. Che Adnan
                                                           
Buku Program                  : Cik Ummei Azura bt. Azman

Tayangan Slaid & Dokumentasi     : Pn Jasika bt. Salleh
                                                     Pn Khairiah bt Yaakob

Juru kamera                       : Pn Shafizah bt. Md Khasim

11.0  PENILAIAN DAN KAWALAN MUTU
            GPK  Ko-kurikulum
            Unit HEM - Bina Insan
            Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

12.0  TENTATIF PROGRAM
           
12.00 tghri                  : Murid berkumpul di kantin
12.05 tghri                  : Ketibaan perasmi
12.10 tghri                  : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
12.15 tghri                  : Bacaan doa
12.20 tghri                  : Ucapan Guru Besar
12.30 tghri                  : Ucapan Perasmian
12.40 tghri                  : Majlis Khatam Al-Quran bermula
1.40 petang                 : Penyampaian sijil & cenderamata
2.05 petang.                : Bersurai

13.0  PENUTUP
            Mengharapkan agar program ini berterusan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi celik Al-Quran.

PENGESAHAN

Disediakan oleh:        


………………..........................
( PN JASIKA BT. SALLEH )
Setiausaha Program
Majlis Khatam Al-Quran
SK Penaga

Disemak oleh:


……………...........................……....
( PN NORADILAH BT. MEGAT OSMAN )
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SK. Penaga


Disahkan oleh:

……………...........................……....
( PN HJH NORHAYATI  BT.  SAAD )
Guru Besar,
SK. Penaga
                                                          


     

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2012



10 Okt 2012.......

بسم الله الرحمن  الرحيم.السلام  عليكم  ورحمة  الله  و بركاته.
Yang  berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Penaga,

Yang  dihormati, Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Puan Juriah bt. Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid Tahun 6 sekalian..

((Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia ___________________________________________________________________atas kesudian menerima undangan ke Majlis  Khatam  Al-Quran  bagi tahun 2012..))

أهلا و سهلا و مرحبا  بكم  إلى  مجليس  ختم  القرءان....

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam  Majlis  Khatam  Al-Quran  ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada  tengahari  ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan adik  Mohd Syazwan bin Roslan untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

#########


Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan  terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin  sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Penaga,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########



Majlis merakamkan ucapan  ribuan terima kasih  atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin  sekalian,
Seterusnya  dipersilakan  Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah  untuk  memimpin  Majlis  Khatam  Al-Quran  kita  pada  hari  ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

######### 
Alhamdulillah, selesai  sudah  Majlis  Khatam  Al-Quran  kita  pada  hari  ini.Namun, majlis  kita  masih  belum  selesai.

Acara  seterusnya  ialah  penyampaian  sijil  khatam  al-Quran  bagi  murid-murid  Tahun  6  yang  telah  selesai  mengkhatam  Al-Quran. Majlis  dengan  berbesar  hati  mempersilakan  Yang  berusaha  Puan  Hajah  Norhayati  bt. Saad, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Penaga untuk  menyampaikan  sijil  tersebut.Dengan  segala  hormatnya  dipersilakan.

Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Yakin untuk menerima sijil.

Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Jaya untuk menerima sijil.

Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Usaha untuk menerima sijil.

Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Gigih untuk menerima sijil.

 Dipersilakan  wakil murid tahun 6 Maju untuk menerima sijil
Majlis  merakamkan  ucapan  jutaan  terima  kasih  kepada  Yang  berusaha  Puan  Hajah  Norhayati  bt.  Saad  atas  kesudian  menyempurnakan  penyampaian  sijil  sebentar  tadi.


Sebagai  tanda hati ikhlas  daripada  pihak  majlis, dipersilakan  Yang  berusaha  Puan  Hajah Norhayati  bt. Saad  menyampaikan  tanda  hati  kepada  Al-fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah, Khalifah  Majlis  Khatam  Al-Quran  pada  hari  ini .Dipersilakan.

######### 

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad  atas  kesudian  menyampaikan  tanda  hati  sebentar  tadi.

Alhamdulillah, majlis  kita  sudah  sampai  di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis  Khatam al-Qur’an Program j-QAF Tahun 2012, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012



2 Nov 2012........


بسم الله الرحمن الرحيم..السلام   عليكم  و رحمة  الله  و بركاته.. 
(JAMALIAH)
Dan salam sejahtera diucapkan kepada Sir Chuah..
Yang  berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Penaga,
Yang  dihormati, Barisan Penolong Kanan,
 Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Puan Juriah bt. Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Al-‘Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi pada pagi ini.
(JAMALIAH)
(JASIKA)   Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput Us Mohd Azrai b. Mohd Salleh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.......                               
 Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Mohd Azrai b. Mohd Salleh atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Adik Mohd Syazwan bin Roslan untuk menyampaikan ucapan wakil murid. Dipersilakan........

Terima kasih diucapkan kepada Adik Mohd Syazwan bin Roslan.
(JASIKA)


(JAMALIAH)  Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati binti Saad, Guru Besar SK Penaga untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala hormatnya, dipersilakan#.........

Buah Longan beli sekati,
Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati binti Saad. Semoga kita dapat mengambil iktibar.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Enam untuk membuat persembahan kategori Bahasa Berirama. Tajuk persembahan mereka ialah ‘Teknologi dan Maklumat. Dipersilakan........

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid Prasekolah Cemerlang dan Bestari untuk membuat persembahan kategori Pakaian Beragam. Dipersilakan........
(JAMALIAH)
(JASIKA)
Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah membuat persembahan. Semoga sidang hadirin terhibur........

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Lima untuk membuat persembahan nyanyian yang bertajuk “Gemuruh”. Dipersilakan........

Begitulah merdunya suara-suara kakak Tahun Lima memperdengarkan lagu sebentar tadi. Semoga kita semakin bertambah semangat setelah mendengar lagu tersebut. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Satu untuk menunjukkan bakat nyanyian mereka. Tajuk lagu mereka ialah “ Cinta Muka Buku.” Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan........ :D
(JASIKA)
(JAMALIAH)
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun Satu atas nyanyian yang begitu merdu sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Empat untuk membuat persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah ___________________________________. Dipersilakan........

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun  Dua untuk membuat persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah ___________________________________. Dipersilakan.....

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Tiga untuk membuat persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah ___________________________________. Dipersilakan.....

(JAMALIAH)
(JASIKA)     Dengan berakhirnya persembahan daripada murid-murid Tahun Tiga
sebentar tadi maka, berakhirlah acara kita pada hari ini.

(( Burung kelicap makan padi,
Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.

Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan jamuan di kelas masing-masing..SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA...Jumpa lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah..

Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

(JASIKA)