Saturday, September 8, 2012

Lelaki Soleh Pilihan Si Solehah



1 - Lelaki itu mestilah baik agama dan akhlaknya.Menjaga solat lima waktu, dan berjemaah semestinya. Taat ibu bapa dan sebagainya. Akhlak pun terjaga, di mana menjaga hati orang lain, menghormati pendapat dan pandangan orang lain, bersopan dan baik akhlak nya, insha allah..

Reason :Baik agama dan baik akhlak, supaya dapat menjadi suami yang memandu keluarga ke jalan agama, dan mewujudkan suasana Islam dalam keluarga. Akhlak baik pula, supaya akhlak terpuji itu menyejukkan hati si isteri, keluarga dan anak-anak nanti. Dan dapatlah menjadi suami yang soleh dan ayah yang mithali

2 - Menjaga batas pergaulan dengan wanita ajnabi

Tidak bermesej-mesej dengan wanita tanpa tujuan, sehingga meleret. Jika berlaku komunikasi (sama ada mesej atau face to face), akan straight to the point, padat dan ringkas. Tidak meleret dan memanjangkan urusan. Sebaik-baiknya, elakkan komunikasi mulut atau jari (mesej) tanpa tujuan.

Reason :Batas pergaulan terjaga, supaya dapat suami yang setia. Kalau dengan wanita ajnabi pun dah meleret-leret mesej, nanti dah kahwin nanti bagaimana la keadaannya dengan gadis-gadis lain selain isterinya? Mampukah jaminan supaya tak berulang kembali sifat macam itu. So, lelaki yang menjaga batas pergaulan, mampu menjadi lelaki yang setia, insha allah..

Jom jadi lelaki macam ini. Barulah high class! ^_^

Sumber :Buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi

1 comment:

  1. The first thing we like about The Casino - Gypsy's Casino
    The Casino boasts over 80 table 라이브벳 games. It 인디언 포커 features over 2,800 slot machines, 피나클 and a 24 hour casino 토토꽁머니 which is available on 먹튀 사이트 먹튀 랭크 your phone

    ReplyDelete