Monday, September 17, 2012

Lemah-LembutMu..



Firaun ketika mana berkata : "Akulah Tuhan kamu yg paling tinggi".

Maka, bagaimanakah Allah membalas?

Firman Allah swt kpd Nabi Musa dan Harun

 "Pergilah kamu berdua kpd firaun.Sesungguhnya dia telah melampaui batas.Maka, berbicaralah dgnnya dgn kata2 yg lemah-lembut.Mudah2an, dia bringat atau takut".(surah Taha, ayat 43-44) 

Berkata seorang yg soleh ketika dia mendengar ayat ini,

 "Maha suci Engkau wahai Tuhanku..jika inilah kelembutanMu trhdp firaun yg tlh brkata"Akulah Tuhan kamu yg paling tinggi"..

Maka, bagaimanakah kelembutanMu trhdp seseorg yg brkata
 "Maha suci Tuhanku yg Maha Tinggi.."

 Dan jika inilah kelembutanMu trhdp firaun yg tlh brkata
 "Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku".(surah al Qasas, ayat 38)..

Maka, bagaimanakah kelembutanMu trhdp seseorg yg brkata
"Tiada Tuhan selain Allah".........

 Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka memberi pengampunan..maka, ampunkanlah (dosa2) kami..

Tuesday, September 11, 2012

Kekasih-Devotees



Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Monday, September 10, 2012

Ke Arah Hidup yang Lebih Sihat

بسم الله الرحمن الرحيم..

 " ان الله جميل، يحب الجمال"

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kecantikan."

 Terasa ingin berkongsi sesuatu hari ini.

 Pada penghujung tahun lepas, berat turun 3 kilogram.Keliru, adakah selama 12 bulan berat hanya turun 3 kilogram atau berat turun setelah aku cuba mengawal selera makan bermula cuti persekolahan akhir tahun pada November 2011?I'm not sure..

 Setelah lebih kurang 2 minggu berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini, sekali lagi aku terkejut.Jarum penimbang di salah sebuah pasaraya di utara tanahair menunjukkan aku telah mengalami pengurangan berat badan sebanyak 4 kilogram.Sekali lagi aku keliru, adakah berat turun setelah aku memaksa diri berjoging selama 30 minit hampir setiap hari bermula pada hujung bulan Jun lepas atau kerana demam yang aku alami hampir 2 minggu disusuli dengan puasa Ramadhan yang ditunaikan juga baru 2 minggu?Entahlah..Yang pasti, hatiku gembira bukan kepalang.. :) 

Mulalah jari-jemariku bersemangat mencari kaedah-kaedah menurunkan berat badan.Rata-rata menyarankan agar mereka yang mempunyai masalah obesiti seperti aku agar mengawal pemakanan, bersenam dan memperbanyak minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.Malahan, aku pernah terjumpa artikel yang mencadangkan agar minum 2.3 liter air putih sehari.Terasa kembung perut ini.. @_@

 Namun, antara yang menarik yang aku baru temui ialah "Makanan Pembakar Lemak." :D Hatiku berbunga riang.Agaknya benda-benda ni boleh dimakan banyak..Let's burn our fats with these foods.. ^_^

 *  telur..membakar lemak dan mengelakkan otot menjadi kendur setelah kurus.Patutlah seorang doktor pakar obesiti kawanku memberitahu doktor tersebut menyarankan dia bersarapan 3 hingga 4 biji telur setiap pagi..Daripada pengalaman aku, memang kenyang pabila bersarapan telur setiap pagi.Makan tengahari sekadar satu senduk nasi+ seketul ayam atau seekor ikan + sayur = kenyang..Kalau ambil lebih daripada ni, perut dah terasa segah..

 * minum teh hijau setiap hari
* yogourt rendah lemak
* oat..(yang ni kurang selera sikit)
* ikan (ikan salmon lebih baik)
* susu soya
* cili
* tomato

Banyak lagi sebenarnya.
Ini je yang aku ingat..

..Moga-moga berat dan inci badanku semakin berkurang.. :)K lah, let's exercise..c u soon.. ^_^

Saturday, September 8, 2012

Lelaki Soleh Pilihan Si Solehah



1 - Lelaki itu mestilah baik agama dan akhlaknya.Menjaga solat lima waktu, dan berjemaah semestinya. Taat ibu bapa dan sebagainya. Akhlak pun terjaga, di mana menjaga hati orang lain, menghormati pendapat dan pandangan orang lain, bersopan dan baik akhlak nya, insha allah..

Reason :Baik agama dan baik akhlak, supaya dapat menjadi suami yang memandu keluarga ke jalan agama, dan mewujudkan suasana Islam dalam keluarga. Akhlak baik pula, supaya akhlak terpuji itu menyejukkan hati si isteri, keluarga dan anak-anak nanti. Dan dapatlah menjadi suami yang soleh dan ayah yang mithali

2 - Menjaga batas pergaulan dengan wanita ajnabi

Tidak bermesej-mesej dengan wanita tanpa tujuan, sehingga meleret. Jika berlaku komunikasi (sama ada mesej atau face to face), akan straight to the point, padat dan ringkas. Tidak meleret dan memanjangkan urusan. Sebaik-baiknya, elakkan komunikasi mulut atau jari (mesej) tanpa tujuan.

Reason :Batas pergaulan terjaga, supaya dapat suami yang setia. Kalau dengan wanita ajnabi pun dah meleret-leret mesej, nanti dah kahwin nanti bagaimana la keadaannya dengan gadis-gadis lain selain isterinya? Mampukah jaminan supaya tak berulang kembali sifat macam itu. So, lelaki yang menjaga batas pergaulan, mampu menjadi lelaki yang setia, insha allah..

Jom jadi lelaki macam ini. Barulah high class! ^_^

Sumber :Buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi

Sunday, September 2, 2012

Perbaharuilah Iman Kamu







Sanad hadith ini, aku kurang arif..mndengar hadith ini ketika perhimpunan pagi di SK Penaga..disampaikan oleh al-fadhil Syeikh Us Mohd Fauzi b. Abdullah, 27 Ogos 2012..Jzkk us.. ^_^



قال رسول الله (ص):"جددوا ايمانكم."
قيل:"يا رسول الله،وكيف نجدد ايماننا؟"قال: "جددوا ايمانكم بقول لا اله الا الله."

Sabda Rasulullah saw:"perbaharuilah iman kamu."
bertanya para sahabat:"ya Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?Jawab Rasulullah:"perbaharui iman kamu dengan mengucapkan Laa ilaha illallah."

Let's recharge our Iman.. ^_^

Saturday, September 1, 2012

Sekadar Mencintai al Quran -siri 2

"Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah Mu.
 Janganlah Engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku.
 Aku tidak mampu membaca kalimah mu. 
Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. 
Tapi aku sangat mengasihi mu. 
Aku sangat mencintaimu."

 “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku,
 jangan engkau menuduh aku di hadapan Tuhan di akhirat nanti”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

 Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua.

Nota : Saya perolehi kisah ini dari sebuah blog. Sebelum blog berkenaan menulis kisah ini, saya pernah mendengar kisah yang sama dari seorang sahabat. Penyampaian secara lisan sahaja. Benar atau tidak kisah ini wallahuallam.. Cuma kita sebagai Umat Islam perlulah mencintai Al-Quran. Jika sudah pandai membacanya, hayatilah maknanya, lalu amalkanlah ia. Yang masih merangkak pembacaannya, teruskan belajar dan belajar. Semoga kita memperoleh rahmat dari pembacaan Al-Quran. Amin.. |akhi fairuz|

Sekadar Mencintai Al-Quran-siri 1

Subhanallah!!!

Kubur Bercahaya Hingga Ke Langit

Kisah benar yang akan diceritakan di bawah ini yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Semoga ia menjadi suatu iktibar kepada kita semua.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok di hujung kampung bersama isterinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di perkuburan suaminya.Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran.

Hal ini benar-benar menimbulkan kehairanan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam.

 Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

~bersambung~

Rahsia Zuhud Hasan al Basri