~♥~...Ustaz
Azhar Idrus kata...~♥~
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan
dia..
.~♥~...Ustaz Mohd Kazim Elias kata...~♥~
Cinta adalah perasaan yang telah
dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang
jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah
kebaikan..
.~♥~...IMAM MUDA Asyraf kata...~♥~
Cinta itu fitrah dan mencintai itu
tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita... mencintai seseorang
sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t...
~♥~...Ustaz Zamri kata...~♥~
Anda
telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si
dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara...
“Beruntungnya
jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki kerana lelaki itu ingin
mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
Dia tak menikahi
kerana ingin menakluki.Dia sedar, bahawa sebenarnya bukan dia yang
memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin
menguasai, kerana dia sedar, dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai
seorang suami.
Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta, bahkan
bermatlamat untuk MEMPERBAIKI AGAMA."
Mencintai seseorang itu adalah hak kita..
Namun, memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang sah dan halal itu bukan hak kita..
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki..
Dia pasti akan kembali andai allah menjadikan dia untuk kita miliki..
atau Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik..
No comments:
Post a Comment