Tuesday, July 31, 2012

Ku pohon kelazatan melihat wajah-Mu

Dari iluvislam.com..tq


‎" Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku.

Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah ku dengan perhiasan iman dan jadikanlah ku petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk...."

Monday, July 30, 2012

Hanya Menginginkan-Mu..

Terima kasih ukhtie Nur Hafizah, teman seperjuangan d institut pengajian ar-razi dan universiti al-azhar, cawangan iskandariah..



Imam Syafie rahimahullah telah ditanya,"Apakah amalan yang paling hebat yang mendekatkan seseorang hamba pada Allah?"

maka menangislah Imam Syafie dan berkata: "Apabila Allah melihat hatimu dan Dia dapati sesungguhnya kamu tidak menginginkan dunia dan akhirat kecuali hanya menginginkan-Nya."

ya Allah, kurniakanlah kami hati sebegini..

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan..

~Terima kasih ukhtie fillah Athirah Mohamad Ajos, my junior at SMKA Nibong Tebal.~

Imam Al-Sayuti berkata "Ramadhan adalah laluan untuk manusia kembali kepada fitrah "

Imam Al-Ghazali berkata "Ramadhan adalah peluang untuk merintih dengan munajat kepada Allah "

Imam Hasan Al-Banna berkata "Jadikan Ramadhan bulan proses menyucikan hati, jiwa dan membangunkan akhlak"

Marilah kita sama-sama menjadikan Ramadhan sebagai sekolah yang mendidik hati dan mendekatkan diri kepadaNya.Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita.InsyaAllah.....


Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku … Wahai Tuhan sekalian alam!!Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa... Aamiin Ya Robbal'Alamiin

Bacalah al Quran

~Terima kasih Syabab Musafir Kasih~



Setiap hari di bulan Ramadhan, kita digalakkan menghabiskan satu juz al-Quran (bersamaan lebih kurang 20 m/s setiap satu juz). Tiap-tiap hari sampai habis Ramadhan kita baca, maka khatamlah 30 juz al-Quran. Setiap kali baca dengan tartil dan tajwid, bertambah pahala berkurangnya dosa. Bayangkan kalau amalan ini berterusan dipraktikkan setiap hari setelah Ramadhan sebulan ke sebulan, setahun ke setahun sampai kita mati. InsyaAllah hati lebih suci, lebih bening (jernih), hidup lebih tenang, jiwa lebih sabar dan banyak lagi kelebihan lain yang bakal kita rasa. Barulah layak dikatakan diri kita pencinta al-Quran, berjiwa Qurani, berlandaskan al-Quranul Karim.

Jika dengan pembacaan yang konsisten pun kita dah dapat impak yang sebegitu rupa, apatah lagi bila kita menghafalnya pula; yang dijanjikan darjat yang begitu tinggi di sisi Allah. Istiqamah baca al-Quran adalah sangat baik. Hafal al-Quran lagi sangat baik. Mengamalkan ajaran dan segala isi kandungan al-Quran adalah yang TERBAIK. Istilah "paling sweet", "paling baik", "osem" dan lain-lain istilah metafora yang lain sebenarnya hanya layak dipadankan dengan tiga golongan ini. Suami "paling sweet", isteri "paling sweet", jejaka gadis "paling sweet" semuanya jadi "sweet" bila dirinya istiqamah dengan al-Quran dan mengamalkan isinya. Kalau tak baca al-Quran, hafal jauh sekali, amal pun tidak. Tak payahlah nak "sweet-sweet" sangat. Buat malu je.

Saturday, July 14, 2012

Selamat datang ya Ramadhan!



Abu Hurairah ra mnceritakn bhwa Rasulullah saw brsabda:

"apabila tiba mlm prtama bln Ramadhan, syaitan dan para jin dibelenggu, pintu2 neraka ditutup shga tiada satu pun yg trbuka, semua pintu2 syurga dibuka shga tiada satu pun yg trtutup dan setiap mlm ada seruan memanggil: "wahai org2 yg ingin baik, majulah!wahai org2 yg ingin brbuat jahat, hentiknlah."dan Allah swt mmbebaskn ramai org dr neraka.hal spt ini brlaku setiap mlm..

رمضان..اوله رحمة، اوسطه مغفرة و اخره عتق من النار..
Maksudnya: Ramadhan..awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya prlepasan drp api neraka..


اللهم بلغنا رمضان و اجعل الليلة القدر من نصيبنا..امين
Ya Allah, sampaiknlah kami pd bln Ramadhan dan jadiknlh mlm lailatul qadr sbg sbhgn drpd ketentuan untuk kami..amin..

Monday, July 9, 2012

Sebaik perhiasan dunia

entri asal di http://rakanmasjid.com/  tima kasih..

              


 Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

             Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

               Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
              Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?


Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
 
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Golongan yg dibolehkan berpuasa selepas Nisfu Sya`ban

Drp fb Us Syed Abdul Kadir Aljoofre

Mazhab Syafie, HARAM berpuasa selepas Nisfu Sya`ban KECUALI..

5 golongan yg dibolehkan puasa selepas Nisfu Sya'ban:

1) Ada kebiasaan puasa. Contohnya puasa setiap khamis, boleh teruskan setiap Khamis selepas Nisfu Sya'ban.
2) Yang masih berbaki qadha' puasa wajib.
3) Yang telah bernazar utk puasa dgn syarat tidak dikhususkan nazar itu selepas nisfu Sya'ban.
4) Yang ada denda/kaffarah dgn berpuasa.
5) Berterusan sejak sebelum nisfu Sya'ban.

Monday, July 2, 2012

Bacalah Al-Quran




       ˚◦♥◦˚ Al-Qur'an Adalah Pengharum Abadi ˚◦♥◦˚
Mungkin di antara kita ada yang pernah mengenal nama Abdullah bin Ghalib atau d iantara anda masih merasa asing mendengar nama tersebut. Tahukah anda bahwa Abdullah bin Ghalib adalah salah satu dari hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang diberi anugerah, iaitu banyak membaca Al-Quran dan berpuasa. Dengan banyak membaca Al-Quran dan berpuasa, ternyata ketika beliau meninggal dunia pada tahun 152 H dan dikuburkan, menyeruaklah dari kuburannya harum minyak wangi kasturi
_______________________________________________________


Suatu hari salah satu sahabat beliau bermimpi bertemu dengan
Abdullah bin Ghalib dan bertanya, Wahai Abdullah, apa yang engkau lakukan?

Aku melakukan yang terbaik, jawab beliau.

Kemana engkau pergi? Tanya sahabat beliau.

Ke syurga, jawab beliau.

Dengan apa engkau bisa masuk syurga? Tanya sahabat beliau lagi

Dengan keyakinan yang amat baik, terus-menerus bertahajud, banyak berpuasa sunat, dan menjauhi apa yang diharamkan, jawab beliau

Harum wangi apa yang terdapat dalam kuburanmu? Tanya sahabat beliau

Itu adalah wanginya bacaan Al-Quran dan banyaknya puasa sunat, jawab beliau

Wasiatkanlah kami, wahai Abdullah,


Berbuatlah yang terbaik buat dirimu. Janganlah berlalu siang dan malam dengan sia-sia, pesan beliau.




Dari kisah tersebut, dapat kita ambil sebuah pelajaran yang sangat berharga untuk kehidupan kita dunia-akhirat terutama untuk kehidupan akhirat kelak


Kunci utama untuk membuka pintu syurga sehingga kita bisa masuk kedalamnya adalah dengan kita memiliki keyakinan yang amat baik, solat tahajud secara terus-menerus, banyak berpuasa sunat dan selalu menjauhi apa yang diharamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semua itu merupakan kunci untuk masuk kedalam syurga-Nya


Jika kita ingin tempat tinggal kita yang abadi (kuburan) selalu berbau wangi maka banyak-banyaklah membaca Al-Quran. Selain itu, banyaklah berpuasa sunat.


Untuk itu, selagi kita masih diberi kesempatan untuk berbuat yang terbaik dalam kehidupan kita. Maka berbuatlah yang terbaik untuk dirimu sendiri, janganlah berlalu siang dan malam dengan sia-sia agar selamat di dunia dan akhirat sehingga kita dapat memasuki surga yang telah Allah Subhanahu Wa Ta'ala janjikan bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa. Wallahu a'alam..

Tentang Cinta


~♥~...Ustaz Azhar Idrus kata...~♥~
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia..

.~♥~...Ustaz Mohd Kazim Elias kata...~♥~
Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan..

.~♥~...IMAM MUDA Asyraf kata...~♥~
Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita... mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t...

~♥~...Ustaz Zamri kata...~♥~
Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara...





 “Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
Dia tak menikahi kerana ingin menakluki.Dia sedar, bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai, kerana dia sedar, dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.
Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta, bahkan bermatlamat untuk MEMPERBAIKI AGAMA."



 Mencintai seseorang itu adalah hak kita..
Namun, memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang sah  dan halal itu bukan hak kita..
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki..
Dia pasti akan kembali andai allah menjadikan dia untuk kita miliki..
atau Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik..