Friday, June 22, 2012

Aduhai Filem Islamik



                Kerana  melihat  kepada  jubah-jubah  dan  kopiah  putih, tudung  labuh  dan  niqab  yang  disarungkan  ke tubuh  mereka, hatiku  berasa  tertarik  untuk  mengetahui  jalan  ceritanya. Satu usaha  yang  wajar  dipuji  pabila  wujud  filem  alternatif  bercorak Islamik  sebegini.Namun, mungkin  pihak-pihak  berkenaan  di  Malaysia  perlu   merujuk  kepada  `Alim  `Ulama`  yang  ada  sebelum  menerbitkan  filem-filem  yang  pada  kaca mata  mereka  sudah  bersifat  Islamik.
                Mengisahkan tentang  watak  utama  yang  telah  bertaubat  daripada  kesilapan lalu  lantas  mendekatkan  dirinya  kepada  Allah  Maha  Penerima  Taubat.Benar, Allah  Maha  Penerima  Taubat.Sebagaimana  satu  kisah  yang  pernah  diceritakan  tentang  seorang  lelaki  yang  telah  membunuh  99 orang, kemudian  berhasrat  untuk  bertaubat  kepada  Allah.Dan  sesungguhnya, Allah  Maha  Penerima  Taubat.
                Turut memaparkan  tentang  kedamaian  dan  ketenangan  Islam  melalui  zikir-zikir  yang  dialunkan, dan  menggambarkan  keindahan  Islam  melalui  babak  solat  berjemaah  perlu  dirapatkan  saf.Juga  tertarik  dengan  kalam `kerana  cintakan  saudara, sahabat  menafkahkan  jiwanya`.Selari  dengan  maksud  Hadith  Nabi  Muhammad  SAW, “Tidak  sempurna  iman  seseorang  daripada  kamu  sehingga  dia  mengasihi  saudaranya  sebagaimana  dia  mengasihi  dirinya  sendiri”.
                Namun, sayang  seribu  kali  sayang.Cerita  yang  sepatutnya  menggambarkan  tentang  keindahan  Islam, Agama  Benar  lagi  bersifat  Syumul (Menyeluruh, Universal)  seindah  pakaian-pakaian  yang  dikenakan  tetapi  terdapat  beberapa  babak  yang  menyakitkan  mata.Sakit  mataku tatkala  melihat  beberapa  `scene`  yang  menyalahi  ajaran  Islam  sebagaimana  sepatutnya.
                Aku  berasa  sedikit  jengkel  pabila  melihat  H#*&%  meletakkan  kain  serbannya  ke atas  bahu  tunangannya, duduk  hampir  bertemu  lutut  walaupun  ditemani  adiknya, dan  memukul  bahu  tunangannya  dengan  kain  serbannya. Adakah  status `tunang`  menghalalkan  semua  perlakuan  mesra  tersebut?Walaupun  mungkin  langsung  tidak  bersentuhan, namun  selayaknya  suasana  mesra  sebegitu  hanya  dilakukan  oleh  seorang  suami  terhadap  isterinya.Bercinta  cara  Islamik  sebelum  hubungan  halal  antara  seorang  teruna  dan  dara  ada  panduannya.Batas  pergaulan  bahkan  pandangan  mata  wajib  dijaga  selagi  belum  ada  ikatan  yang  halal  lebih-lebih  lagi  antara  seorang  pendaulat ayat-ayat  Allah  dan  serikandinya.Dan,  mungkin  boleh  dimaafkan ( atau  tidak )  pabila  dia  membaca  sepotong  ayat  Al-Quran  tetapi  salah  tajwidnya  walaupun  tidak  sepatutnya  seorang  yang  layak  belajar  di  Yaman  salah  membaca  hukum  Idgham  Ma`al  Ghunnah, hukum tajwid  yang  amat  asas  dan  dipelajari  semasa  di  sekolah  rendah.
                Jengkel  lagi  menyapa  hatiku  tatkala  melihat  watak  utama  dan  seorang  perempuan  bukan  mahram  duduk bersebelahan  bertemu  lengan.Tidak  sepatutnya  dia  yang  segak  berbaju  melayu  dan  berkopiah  putih  lagi  telah  dan  sedang  mempelajari  tentang  Islam  di sebuah  madrasah, duduk  amat  rapat  di sebelah  seorang  perempuan  yang  bukan  mahramnya  sedangkan  banyak  lagi  kerusi  kosong  di  bahagian  belakang  van.Dan  memang  sebenarnya, sedikit  sebanyak  pakaian  yang  dipakai  turut  memainkan  peranan  `menjaga`  tuannya.Seorang  yang  berilmu  lagi  beriman, berbaju  melayu  dan  berkopiah  putih  sudah  tentu  tahu  menjaga  dirinya  dengan  sebenar-benarnya.Dan  di manakah  perlunya  diselitkan  babak  gurauan  antara  dua  orang  sahabat  melihat  gambar  perempuan  yang  tidak  ber*#$%??Malu  sungguh  untuk  dinyatakan  di sini.
                Dan  aku  juga  antara  salah  seorang  daripada  mereka  yang  amat  tidak  meredai  babak  watak utama  ditangkap  khalwat  bersama x&^%.Sungguh  menjijikkan.Sudah  tiadakah  babak  lain  yang  lebih  baik  untuk  menggambarkan  babak  sebegitu?Mengimbau  cerita  `Ketika  Cinta  Bertasbih` ( KCB )karangan  Habibur  Rahman  El-Shirazy, seorang  mahasiswa  lulusan  Sarjana  Universiti  al-Azhar yang  aku  lupa  nama  wataknya, telah  bermalam  di hotel  untuk  menyiapkan  tesisnya, diperangkap  zina  oleh  seorang  awek  Misr  namun  langsung  tidak  ditunjukkan  babak-babak  sebegitu.Hanya  sekadar  diugut  melalui  emel.Walaupun  agak  kurang  logik  kerana  tidak  menceritakan  bagaimana  seorang  asing  boleh menceroboh  masuk  ke  bilik  hotel  tersebut  namun  boleh jadi, pekerja  hotel  tersebut  dirasuah.Namun, tidak  juga  diceritakan  tentang  rasuah  kerana  Islam  mengHARAMkan  rasuah.Pandai-pandai  penontonlah  untuk  menafsirkannya.Semua  yang  HARAM  langsung  tidak  diiklankan  dalam  filem  tersebut.Sehingga  babak  Abdullah  Khairul  Azam  yang  kemalangan  dijenguk  adik  perempuan  kandungnya, namun  tiada  juga  babak  `adik  kandung`  sendiri  menyentuh  `abang  kandung`nya.Kalau  cerita  KCB, memang  aku  kasi  Mumtaz!!Nampaknya, banyak  lagi  yang  perlu  pihak-pihak  berkenaan  di  Malaysia  pelajari  andai  mahu  menerbitkan  filem  Islamik  yang  benar-benar Islamik  agar  tidak  mendatangkan  fitnah  kepada  Islam, juga  tidak   mencalarkan  jiwa-jiwa  kami  yang  turut  berpakaian  seperti  pelakon-pelakon  tersebut.

No comments:

Post a Comment